Israel semakin kejam

January 3, 2009 on 8:27 am | In isu semasa | 7 Comments

Semalam genaplah seminggu tentera rejim Israel menyerang penduduk Gaza. Angka kematian tidak dapat disahkan secara rasmi dan aku percaya mungkin kini telah mencecah 5 ribu orang.

Setiap hari Apache dan jet pejuang F16 dan F17 tidak henti-henti menyerang penduduk Gaza. Kenapa mereka menyerang penduduk Gaza? Alasan mereka terhadap dunia amat mudah iaitu Hamas adalah suatu pertubuhan pengganas.

Aku tidak tahu kenapa mereka menggelar Hamas sebagai pengganas. Hamas adalah pertubuhan yang dibentuk pada tahun 2006 dengan tujuan membela rakyat Palestin. Hamas juga telah mencatat sejarah apabila memenangi pilihan raya yang paling bersih di dunia Arab.

Sebenarnya tiada satu pun negara dalam dunia ini mengiktiraf negara Israel kecuali sekutu-sekutu mereka. Israel tiada negara. Mereka merampas dan menyatakan hak mereka terhadap Gaza dan tebing barat.  Sejak 60 tahun yang lepas, Israel mula merampas tanah rakyat Palestin. Bermula dari peristiwa itu, rakyat Palestin menjadi pelarian di Negara sendiri.

Kini 1.6 billion umat Islam di dunia ini. Angka ini bukan sedikit. Penganut agama Islam adalah yang paling ramai sekali di dunia. Tetapi kenapa kita lemah? kenapa kita sering ditindas?

Apabila rakyat Palestin ditindas sejak 60 tahun yang lepas mana perginya Arab saudi, mesir, Pakistan, Iran, Indonesia, Malaysia, Brunei serta banyak lagi negara-negara Islam yang lain. Kenapa negara-negara ini seolah-olah hanya berdiam diri?

Apabila saudara-saudara kita ditindas dan dirampas hak mereka, apa fungsi kita? Hanya berdiam diri? Membaikot hasil keluaran Amerika dan Israel? Ataupun hanya sekadar berdoa?

Apa pula fungsi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? Bagaimana dengan kisah organisasi negara-negara Islam (OIC)? Dan mana perginya persatuan Liga-Liga Arab? Mereka ini seolah-olah memandang dengan mata sayu dan simpati sahaja apabila melihat saudara Islam mereka yang lain ditindas tanpa sebarang tindakan dibuat.

Lebih teruk lagi, Mesir yang merupakan negara Islam yang paling hampir dengan Palestin telah menutup pintu-pintu sempadan negara mereka dan tidak membenarkan rakyat Palestin memasuki negara mereka. Lihatlah dunia betapa kejamnya layanan orang Islam terhadap orang Islam.

Masih banyak soalan bermain dibenak fikiran ku. Tidak dapat aku ungkai kenapa semua ini harus ditanggung oleh rakyat Palestin sahaja sedangkan 1.6 billion umat islam di dunia ini hanya melihat sahaja. Mana perginya negara-negara Islam yang lain.

Aku hendak tanya korang, jika korang diberi machine gun M16 ataupun Sniper ataupun pistol dan dihantar ke Palestin untuk berjuang, adakah korang rela untuk pergi??? Jangan risau, mengenai tambang perjalanan ke Gaza dari Malaysia ditanggung secara percuma. Makanan pula disediakan disana secara percuma. Tugas korang hanya membantu tentera Hamas membalas tembakan yang dilancarkan oleh tentera Israel. Amacam? ada berani sahut cabaran ini??? tepuk dada tanya iman.

Sabda Rasullah SAW:

“Hampir terjadi keadaan yang mana umat-umat lain akan mengerumuni kalian bagai orang-orang yang makan mengerumuni makanannya.” salah seorang sahabat berkata: ” Apakah kerana sedikitnya kami ketika itu?’ Nabi SAW berkata: “Bahkan, pada saat itu kalian banyak jumlahnya, tetapi kalian bagaikan ghutsa’ (buih kotor yang dihanyutkan air ketika banjir). Pasti Allah akan cabut rasa segan yang ada di dalam dada-dada musuh kalian, kemudian Allah campakkan kepada kamu rasa wahn.” Kata para sahabat: “wahai Rasulullah, apakah itu wahn?” Beliau bersabda: “cintakan dunia dan takut mati.”

(hadis riwayat abu Daud no. 4297, Ahmad 5/278, Abu Nu’aim dalam At Hilyah m.s. 182 dengan dua jalan dan dengan keduanya hadis ini menjadi shohih)

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Selamat Tahun Baru Semua

January 1, 2009 on 1:58 pm | In sembang umum | 5 Comments

Hari ini aku bangun agak lewat dari kebiasaannya. Maklumlah semalam tidur lewat gara-gara menonton cerita The Mummy Return lakonan Brendan Fraser. Aku amat suka Brendan Fraser. Aku bukan gay ok suka kepada mamat ini tapi cara lakonan mamat ini memang realistik dan menyentuh jiwa raga ku.

Jika 3 tahun lepas, aku menyambut tahun baru di Gurney Plaza. memang meriah sambutannya disitu. Keadaan begitu berasak-asak dan mereka penuh semangat untuk menyambut tahun baru. Tidak ketinggalan kapel-kapel dan juga gadis-gadis comel turut memeriahkan sambutan tahun baru di gurney.

Tapi itu kisah 3 tahun lepas. Masa tu aku masih bujang dan jahil dalam banyak hal. Sekarang tahun baru aku hanya menyambutnya di rumah bersama Isteri tercinta. Sebenarnya menyambut tahun baru dirumah lagi best, korang boleh tengok suasana tahun baru dibanyak tempat melalui TV.

Oh ya, ingin aku kongsikan apa azam aku tahun ini. Sebenarnya aku ada banyak azam tetapi disini aku mahu muatkan dari sudut ekonomi sahaja.

Continue reading Selamat Tahun Baru Semua…

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Aku mahu Ferrari F430

December 31, 2008 on 12:42 pm | In bisnes, buat wang | 10 Comments

Tidur x lena, mandi x basah, makan x kenyang… melihat bentuk tubuh ‘dia’ yang seksi lagi memukau…..aduh! cair aku dibuatnya.

Tidak sabar rasanya aku ingin ‘memilikinya’… Tapi apakan daya, nilai “suntingannya” tidak mampu ku penuhi. “hantaran sahaja sudah cukup RM500ribu. Itu belum termasuk makan minumnya. Sehari maunya RM200-RM300.

Manakala ’servis’ setiap 6 bulan mencecah RM30 000. Alahai….bentuk sudah cantik tetapi terlalu mahal untuk memiliki “mu”…

Ferrari F430, aku berjanji jika ada rezeki lebih akan ku sunting mu jua. Nanti boleh aku bawak isteriku Fatina bersiar-siar sekitar Batu Ferringhi.

ferrari-f430-5.jpg

“bawak Isteri bersiar-siar”

Dengan bayaran RM14000 sebulan untuk sebuah ferrari, adakah aku mampu memilikinya? Tidak mustahil. Cuma aku perlu berfikiran sedikit kreatif supaya kereta Ferrari F430 itu tidak memberi liabiliti pada aku malah ia akan menjadi aset yang menjana wang untuk aku.

20070720-ferrari-f430-scuderia-dashboard.jpg

 

“ruang kokpit yang bisa meluluh jiwa”

Apa yang harus aku lakukan supaya kereta Ferrari F430 yang bakal ku miliki ini tidak menjadi beban dalam hidup ku?

Pertama, aku boleh jadikan kereta sewa. Sesiapa nak sewa kereta Ferrari milik ku akan disewa pada kadar RM500 sehari. Amacam? ada berani…so sesiapa budak U yang nak pancing gadis-gadis comel, boleh berlagak cool dengan menyewa kereta Ferrari F430 ku ini.

Continue reading Aku mahu Ferrari F430…

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Kekasih Mu Suami Orang?

December 30, 2008 on 5:53 pm | In sembang umum | No Comments

Wahai gadis-gadis diluar sana, bagaimanakah korang mengenalpasti bahawa teman lelaki anda bukan suami orang?

Lainla kalau teman lelaki anda seperti Norman hakim, Fauzi Nawawi, Dato K, Mazlan Pet-Pet ataupun Aidil Zafuan sudah tentu anda sedang bercinta dengan suami orang bukan. Tetapi bagaimana jika teman lelaki anda bukan orang yang femes? Bagaimana anda hendak mengenalpasti bahawa si Dia itu bukan suami orang?

Disini penulis ingin kongsikan sedikit tip bagaimana kita hendak mengesan lelaki itu suami orang atau tidak. Ah ha! suami-suami miang diluar sana sediakan kelengkapan secukupnya. Perang dunia ketiga bakal menyusul :p

1) Jika anda gadis-gadis keluar berdating dengan lelaki anda, perhatikan keretanya. Mungkin terdapat botol susu, kasut budak umur 1tahun ataupun kasut tumit tinggi. Ha! mungkin dia keluar dating dengan anda dengan pinjam kereta Isterinya.

2) Cuba bercakap dengannya perkara berkaitan anak. Contohnya “bila i kawin dengan u, brape org anak u mau” . Masa tu dia mula glabah x tentu pasal. Dalam kepala otak dia “anak 4 orang kat umah x terjaga, ni nak tambah pulak!”

3) Anda sukar untuk menghubunginya. Jika call x dapat…mesej pulak pending. Sebabnya mudah sahaja, dia ada 2 sim card. Satu untuk peribadi dan satu lagi KHAS untuk menghubungi anda.

4) Hujung minggu ini katakan pada dia bahawa anda mahu berjumpa orang tua nya. Hahaha…dia akan bernasib baik jika orang tua nya sudah nyanyuk…

Continue reading Kekasih Mu Suami Orang?…

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Ya Allah…Selamatkan Palestin

December 30, 2008 on 11:09 am | In isu semasa | No Comments

Israel sudah melampaui batas-batas kemanusian. Hari ini sudah masuk hari ketiga serangan Israel keatas genting Gaza.

Pejuang-pejuang Palestin tidak berdiam diri. Mereka membalas dengan serangan roket keatas Israel.

Serangan balas pejuang Palestin tidak sia-sia. Menurut suatu sumber, angka kematian akibat serangan udara tentera Israel di Gaza meningkat kepada 345 orang manakala lebih 1,000 lagi cedera.

israel-jahat.jpg

Israel begitu bengang sekali. Mereka berjanji akan memusnahkan kesemua bangunan-bangunan milik Hamas. Mereka menyerang bangunan-bangunan kerajaan, kilang-kilang pengeluaran dan cawangan keselamatan dan lain-lain lagi.

Israel juga menyerang hospital-hospital dan juga menyerang orang awam.

Ingatlah Israel kekuasaan Allah SWT.

Sama-sama kita berdoa agar pejuang-pejuang Hamas akan berjaya mengalahkan Israel dengan Izin Allah SWT. Dan kita berdoa agar keluarga-keluarga para syahidin diselamatkan oleh Allah SWT.

palestin.jpg

Kredit: Kosmo!

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Tunku Mukhriz Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

December 29, 2008 on 6:59 pm | In sembang umum | 2 Comments

Pada pukul 3.50 petang tadi, telah berlangsung majlis yang penuh bersejarah dimana Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.

n_mukhriz2912.jpg

Majlis yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti tadi mendapat liputan meluas oleh TV3.

Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak telah melakukan Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar yang baru,  Tunku Mukhriz.

Daripada 4 calon, Tunku Mukhriz berjaya dipilihsebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mengantikan Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman. Manakala 3 calon lagi terdiri daripada Tunku Laksamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Tuanku Ja’afar and Tunku Panglima Besar Tunku Putera Nadzaruddin Tuanku Ja’afar.

Sedikit informasi mengenai Adat Pepatih, Pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diputuskan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau. Perkara ini adalah ditetapkan mengikut garis panduan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

snaanti3.jpg

 

“Tunku Mukhriz paling kiri sekali”

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

kebaikan Merokok

December 29, 2008 on 10:27 am | In kesihatan | 9 Comments

Salam Maal Hijrah kepada pengunjung beduzbiz.com,

Jika sebelum ini penulis pasti anda semua sudah sedia maklum dengan pelbagai keburukan merokok. Antaranya adalah seperti kanser mulut, barah peparu dan sebagainya.

Namun begitu pada hari ini ingin penulis berkongsikan beberapa kebaikan merokok. Dan diingatkan entri ini tidak bermaksud untuk mendorong anda merokok. Tetapi sekadar untuk pengetahuan korang sahaja.

Kebaikan Pertama

Merokok boleh mengelakkan serangan jantung dan stroke. Pelik bukan? Tiada yang pelik sebenarnya… Ini kerana dalam aktiviti merokok itu ia akan membebaskan karbon monoksida dengan kuantiti yang sedikit. Karbon Monoksida ini akan berfungsi untuk mencairkan darah dalam arteri lalu mengelakkan terjadinya pembekuan darah. Dengan itu penyumbatan salur darah dapat dihindari. serangan jantung tidak akan berlaku.

Kebaikan Kedua

Tahukah anda dengan merokok anda boleh menghindari daripada kanser payudara? Menurut Jurnal National cancer Institute (May 20, 1998), merokok dapat menggurangkan risiko sebanyak 54% untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang tidak merokok.

kebaikan-merokok.jpg

Continue reading kebaikan Merokok…

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Anda Mahukan Kamera Nikon DSLR D40 percuma?

December 29, 2008 on 7:51 am | In bisnes, buat wang | 4 Comments

Salam sejahtera dan selamat Pagi,

Entri kali ini telah di”sponsor”kan  oleh pihak Diranjang.com

Pada 29/12/08-01/03/09  iaitu lebih kurang 2 bulan pihak Diranjang.com telah menganjurkan satu pertandingan super affiliate untuk mempromosikan ebook sulungnya iaitu “seni melambatkan pancutan”… oh ya adik-adik, buku ini bukan buku mengenai pistol air yang boleh pancut memancut tetapi ia berkaitan orang dewasa. Adik-adik dilarang sama sekali daripada memilikinya.

Hadiah-hadiah menarik yang menanti anda adalah:

1) Nikon DSLR D40 (with AF-S DX Zoom-Nikkor 18-55mm f/3.5-5.6G ED II) =  Untuk setiap 250 jualan terhasil
2) Nikon COOLPIX S710 = Untuk setiap 150 jualan terhasil
3) Handphone Sony Ericsson K320i = Untuk setiap 50 jualan terhasil

4) Wang tunai RM50 = Untuk setiap 20 jualan terhasil

Selain itu, jika anda berjaya mendapatkan satu jualan, wang komisen sebanyak RM15 akan diberikan kepada anda.

Baiklah sekarang penulis bagi contoh bagaimana pengiraan wang komisen dan hadiah diberikan.

Katakan pada 01/03/09 anda berjaya menghasilkan 250 jualan. Anda akan dapat RM3750 (wang komisen) + Sebiji kamera Nikon DSLR D40…. lumayan bukan?

Disebabkan masa pertandingan yang agak panjang iaitu 2 bulan, maka peluang anda untuk mendapat jualan lebih 50 adalah tidak mustahil. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai mailing list yang besar.

Nikon DSLR D40″

 

 “Nikon COOLPIX S710″

 

 

 “Sony Ericsson K320i”

Continue reading Anda Mahukan Kamera Nikon DSLR D40 percuma?…

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Pompeii, Kaum Dilaknat Allah SWT

December 28, 2008 on 8:11 pm | In Kematian | 1 Comment

Salam sejahtera,

Hari ini dengan rasa rendah diri ingin penulis berkongsikan sebuah kisah yang boleh kita semua jadikan sebagai teladan.

Kaum Pompeii dianugerahkan oleh Allah SWT dengan keluasan tanah yang besar serta tanah yang subur. Kaum Pompeii juga memiliki daya ingatan dan kehebatan berfikir yang amat hebat sekali. Banyak teknologi-teknologi direka pada zaman tersebut.

Kaum Pompeii hidup pada abad 8th-6th sebelum masihi. Maknanya kelahiran nabi Isa a.s belum berlaku. Pada zaman itu, kaum Pompeii mempunyai seni dan kemahiran yang amat luar biasa. Banyak bangunan dan sistem pemparitan yang hebat dapat dihasilkan pada zaman tersebut.

Kaum pompeii ini dibawah kekuasaan Rome. Budaya Hedonisme diamalkan oleh kaum tersebut akibat pengaruh daripada Rome. Kaum pompeii dianugerahkan tanah yang subur dan mereka mengunakan anggur seterusnya menghasilkan arak. Arak ini dikenali sebagai Vesuvinum.

Akhirnya kaum pompeii ini menimbulkan kemurkaan Allah SWT. Banyak maksiat dilakukan, berleluasa dan yang paling teruk sekali budaya Hemoseksual diamalkan.

pompeii_the_last_day_1.jpg

“hari terakhir di Pompeii”

Kemudian datang letusan gunung berapi yang amat dasyat sekali. Dimana hasil daripada letusan berapi ini menggelamkan keseluruh kota Pompeii. Kaum Pompeii ini diteggelamkan kedalam perut bumi dengan dasyat sekali.

Continue reading Pompeii, Kaum Dilaknat Allah SWT…

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Juara Sehati Berdansa Lisdawati-Fauzi

December 28, 2008 on 9:40 am | In hiburan | No Comments

Tahniah diucapkan kepada pasangan yang hebat menari ini iaitu Lisdawati dan Fauzi Nawawi. Kehebatan Tarian Fauzi-Lisdawati telah menambat hati penonton dan juga juri pada malam itu seterusnya dinobatkan sebagai Juara Sehati Berdansa.

Fauzi Nawawi-Lisdawati telah berjaya menewaskan pasangan Amyza Adnan dan Khairil Izhar yang dikira kurang bernasib baik.

Paling menariknya, Fauzi-Lisdawati berjaya membawa pulang RM190,000 termasuk kereta Kia Optima, pakej percutian ke Eropah, hamper dan trofi Sehati Berdansa.

Manakala pasangan Amyza dan Khairil dapat mengumpul dana sebanyak RM10000 dan disumbangkan kepada Yayasan Pesakit Alzheimer.

Pasangan Fauzi-Lisdawati pula menyumbangkan RM15000 dan disalurkan kepada Rumah Nur Salam.

lisdawati.jpg

Kredit: Kosmo!

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank
Next Page »
 

statcounter

Live Traffic