Dark Knight

July 25, 2008 on 6:18 pm | In Preview wayang | 8 Comments

salam semua,

Korang da tengok belum cite nie? Kalo x tengok lagi memang patut korang kena pergi tengok. Cite nie memang best gila.

Kalau nak banding dengan filem2 Malaysia, memang langit dengan bumi. Dari jalan cerita hingga la grafik yang diguna,Malaysia jauh ketinggalan dalam dunia perfileman nie.

Bercakap pasal Dark Knight nie, mula-mula memang saya x tau apa tu Dark Knight. Melalui promosi filem nie, mereka x letak Batman sebagai ‘main character’ tapi joker sebagai watak utama. dark knight nie merujuk kepada Batman kalau korang nak tau. Sebelum itu saya nak cakap Joker jap, Joker nie memang bijak dan lawak pun ada dalam watak dia. tapi menyampah pun ada sikit-sikit. Gaya dan cara dia memang sakit hati.hahaha.. kalau nak tau lebih lanjut korang kena p tengok sendiri.

Filem nie ditayangkan minggu lepas dan mendapat Rating tertinggi di US.

Berbaloi bayar mahal untuk tengok cite nie sebab puas hati gile. kalau nak banding filem malaysia memang hampeh,kecewa dan membazir duit. Filem Malaysia memang xda modal dan asyik berkisarkan lawak dan cinta.

Oh ya, kalau korang nak tengok trailer cite nie, klik gambar dibawah.

darkknight.jpg

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Layan Movie

July 13, 2008 on 12:24 pm | In Uncategorized | 3 Comments

salam semua,

Pernah tak korang tengok movie/ drama macam Prison Break, Csi ataupun House MD? Saya percaya korang mesti pernah tengok bukan. Sekarang saya tengah bertungkus lumus menyiapkan satu blog yang berkonsepkan Video blog, atau lebih dikenali sebagai Vlog.

Dalam blog tersebut saya paparkan movie yang tengah ‘hot’ di US. Movie nie mendapat ‘Rating’ yang agak tinggi iaitu sebanyak 8.9. Movie ini juga berada dalam list ‘top ten’ yang paling mendapat sambutan di US.

Tapi di Malaysia tidak ramai yang menontonnya. Sebab yang femes di Malaysia sekarang adalah Prison Break, House MD dan Desperate Housewife.

So sekarang saya mengajak korang semua ‘layan’ movie ni. Oh ya, saya x bagitau plak movie pe. mesti korang tertanya2 bukan. Movie nie bertajuk CSI: MIAMI. Korang mesti pernah dengar bukan. Tapi mesti x pernah tengok.

Malas nak cite panjang2, jom kita layan movie nie. Dan ia FREE sahaja. KLIK SINI

csi miami intro

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Tidak Tahu Wang…

July 11, 2008 on 12:19 am | In Uncategorized, bisnes, buat wang, jimat wang | 2 Comments

salam semua…

Tahniah diucapkan kepada anda kerana sedar mengenai kepentingan perkara mengenai kewangan ini.

Daripada pembacaan, pertanyaan dan pengalaman saya sendiri bahawa ramai rakyat Malaysia buta mengenai pengurusan kewangan. Inilah dinamakan kejahilan kewangan.

Sebenarnya masyarakat kita sekarang apabila disebut mengenai wang ia seolah-olah suatu yang negative. Inilah salah satu sebab kenapa kebanyakkan masyarakat kita jahil perkara mengenai kewangan.

Kita tidak perlu belajar tinggi-tinggi atau mengambil ijazah kewangan untuk memahirkan diri kita dalam perkara yang melibatkan kewangan. Apa yang penting disini adalah semangat dan azam untuk mempelajarinya.

Kebanyakan daripada kita pastinya tahu beberapa langkah perancangan kewangan untuk membebaskan kita daripada masalah kewangan. Sebagai contoh berjimat cermat, pengurusan hutang, menabung untuk pendidikan anak dan menyimpan lebih. Tetapi berapa ramaikah di antara kita ini betul-betul mempraktikannya??

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

seminar rbddi

July 1, 2008 on 12:39 am | In bisnes, buat wang | 3 Comments

salam semua…

tahukah anda apakah itu rbddi? rbddi itu adalah rahsia buit duit dengan internet. saya telah menghadiri seminar yang dianjurkan oleh sabri dari saifulsham consultant.

memang best seminar tersebut. banyak cara yang diajar untuk meningkatkan sales perniagaan kita. sekarang saya dalam usaha untuk menimplementasikan kaedah yang diajarkan oleh sabri saifulsham. selain daripada teknik dan skill dalam bisnes internet ini, penyampaian sabri yang bersahaja dan ketangkasan beliau menjawap soalan peserta turut meningkatkan kefahaman kami dalam seminar tersebut.

Paling yang best adalah “part” makan..hehe.. makan dihotel 5 star memang syok habis. dalam 2-3 kali juga la bangun menambah lauk..huhu

seminar tersebut diadakan Berjaya Times Square hotel. memang pelik bagi saya bunyi hotel itu. manakan tidak, itulah kali pertama saya jejakan kaki ke Kuala Lumpur selepas 7tahun.

P/S: tersilap naik monorail, daripada imbi nak p bukit nanas tapi tersilap naik monorail yang nak p KL sentral..huhu..

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

AmazingPenang Part 2…

May 21, 2008 on 11:17 pm | In Uncategorized | 6 Comments

salam semua kawan-kawan…

sekarang ini saya tengah rancak mempromosikan amazingpenang ke serata pelusuk dunia dengan hanya menggunakan google adword. Pada permulaan menggunakan adword ini satu keyword hanya bernilai $0.05 tetapi lama kelamaan harga keyword semakin naik sehingga sekarang harga untuk satu keyword adalah $0.15…

Memang agak berisiko untuk menggunakan adword ini jika tidak merancang betul-betul. Silap hari bulan boleh jadi rugi besar. Tapi yang paling penting sekali adalah fokus betul-betul terhadap keyword yang diguna. kalau pandai main keyword kita boleh maintain harga untuk satu keyword tersebut. Tapi saya disini tidak semua orang faham pe maksud saya mengenai keyword ini tapi xpe bila anda menggunakan khidmat adword ini baru anda faham..

Pasal sales pula adalah conversion rate dia serata 1% sahaja. Maknanya dalam 100 orang melawat amazingpenang.com maka hanya seorang sahaja yang membeli…Adakah saya RUGI??

Tidak sama sekali..jom kita kira keuntungan saya…

untuk dapat 100 orang yang melawat amazingpenang.com saya memerlukan kos sebanyak $10 (100 orang x $0.1 per seorang klik). Manakala harga ebook saya adalah $15. So keuntungan saya adalah $5 (RM15) iaitu $15-$10= $5.

nampak sikit je bukan tapi kalau sehari sebanyak 5 orang membeli ebook saya maka keuntungan bersih saya adalah $25 sehari. Lebih kurang RM75…

Ok la untung sebanyak tu…

Setakat tu saje dan saya akan update dari masa ke masa perkembangan amazingpenang.com kepada anda semua.

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

amazingpenang…

May 17, 2008 on 10:30 pm | In bisnes | 4 Comments

salam semua!!

Hari ini saya release tension keluar tengok wayang kat megamall kuantan bersama-sama keluarga. mana tak tensionnya sebab asyik fokus kpd bisnes saya je.

sekarang saya fokus untuk meningkatkan sales ebook saya menggunakan promosi google adword sahaja.

kenapa saya promosi google adword saje??

sebab saya just nak test power sejauh mananya hebatnya promosi melalui google ni.

oh ya, kawan-kawan semua boleh la tengok ebook saya ni kat sini

so kalau anda nak komen pape mengenai sales latter tersebut boleh la nyatakan diruangan komen dibawah ni ye.

ebook ni saya fokus untuk pasaran luar saja dan bukan untuk pasaran dalam Malaysia.

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

kembali berblog!

May 14, 2008 on 12:09 pm | In sembang umum | 8 Comments

setelah lama meninggalkan aktiviti berblog ini, kini saya tampil kembali untuk aktif menulis blog.

mungkin anda tertanya-tanya kemana saya menghilang…

mungkin juga anda semua ingat saya sudah tidak berminat untuk menulis di blog lagi…

tapi sangkaan anda meleset sama kembali..hehe..

ok baiklah saya ceritakan serba sedikit kemana saya menghilang selama ini…

pertama sekali saya fokus kepada final exam. susah woo exam ni. baca sampai nak pecah otak..muklumlah ambik 8

subjek..

keduanya saya menghadiri kursus asas keusahawanan di Taiping Perak yang diunjurkan oleh USM dan juga MeCD. program ini berlangsung selama 5 hari. best giler…

ketiganya saya terpaksa jaga dan luangkan masa menghantar nenek saya ke hospital untuk memeriksa matanya yang terkena katarak. minggu depan da boleh start bedah matanya untuk membuang katarak.

keempatnya saya sibuk fokus pada 1st projek saya yang berkaitan tourism yang pasarannya hanya di luar negara.

jadi setakat itulah serba sedikit aktiviti saya dalam tempoh menghilang ini…

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Tag Pertama

April 2, 2008 on 3:51 pm | In kena tag | 12 Comments

Salam semua…

Nampaknya entry kali ni khas untuk emet dan afzai afandi kerana bro 2 orang ni telah meng’tag’ saya. Sebenarnya saya xtau pun apa tu ‘tag’..hahaha… tapi sekarang setelah dijelaskan oleh seorang bro ni (namanya terpaksa dirahsiakan demi keselamatan keluarga dan Negara) barulah saya tahu apa tu tag ni.

Oklah tajuk tag yang dicipta khas tanpa menggunakan CGI (computer generated image) oleh AA ni adalah 5 perkara pertama dalam hidup anda. Syarat tag ni adalah seperti berikut:

1) Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain.

2) Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag.

3) Tempoh tag bermula hari ini dan berakhir 27 April 2008.

Perkara pertama dalam hidupku:

1) Bisnes pertama: bisnes pertama yang dijalankan adalah menjual aiskrim. Masa tu saya berumur 10 tahun. Saja2 je nak cari duit lebih. Duit yang mak bagi ke sekolah sikit2 saya simpan untuk buat modal. Akhirnya dengan modal RM10 dapat juga membeli barang2 mentah untuk buat aiskrim. Promosi dilakukan keatas kawan2 yang penat bermain bola sepak di padang sekolah. Sebatang aiskrim hanya dijual sebanyak 10sen saja..hehehe

2) Pertama kali naik kapal terbang pada umur 21tahun..huhu.. kalau tak disebabkan tiket bas untuk balik raya da habis memang x merasa la saya naik kapal terbang. masa tu teruja abes time kapal terbang nak berlepas. Meremang bulu roma..hehe

3) Pertama kali saya masuk wad (hospital) masa darjah 6. masa tu kena serangan asthma yang agak kronik. Sampai exam UPSR pun kantoi… harap-harap tu la kali pertama dan terakhir saya msk wad.

4) Pada tahun 1993 adalah tahun pertama saya menunggang basikal (beroda tiga). Walaupun rakan sebaya time tu da boleh naik basikal tayar 2 namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang sehingga mampu naik basikal tayar 2. dengan berkat ‘trainning’ tiap-tiap petang akhirnya dalam masa 2 minggu sudah boleh naik basikal tayar 2..huhuhu…ingat lg masa tu

5) Pertama kali mendapat tempat no. 1 dalam klas masa tahun 2002. time tu saya form 3. bila dpt no 1 dalam klas baru ramai awek2 nak ngorat saya..femes gitu..huhuhu…malangnya tu la kali pertama dan kali terakhir saya dapat tempat no 1 dalam klas…

Ok baiklah sekarang saya akan tag 5 orang plak kawan-kawan saya.

1) Qaiyum—seorang pejuang bangsa melalui penulisan yang mantap

2) Kakeru—- seorang yang selalu singgah sini dan review buku yang menarik

3) Dauz—- seorang budak baru nak SPM dan berpotensi besar dalam dunia bisnes IM

4) Ahib0205—- kawan masa kat kolej dulu (KMPP)..sama2 jadi AJK surau..

5) Sham— merupakan otai adsense dan satu negeri dengan saya.

Harap sudi la ye menjawab tag ni..hehe

Doakan saya supaya final exam ni saya dapat keputusan yang cemerlang…

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

KeKayaan Sebenar

March 27, 2008 on 2:46 am | In bisnes, hadis mengenai bisnes | 14 Comments

Salam sejahtera,

Agak lama saya meninggalkan blog ni tanpa sebarang post. Disebabkan terlalu banyak assignment yang perlu dibuat memandangkan hari jumaat ini adalah tarikh akhir saya perlu menghantar assignment tersebut. Sejak seminggu lepas saya hanya tidur 3 jam je sehari demi memastikan assignment yang wajib disiapkan tu memenuhi kehendak pensyarah. Ialah ‘time’ ni la nak bodek pensyarah supaya dapat markah lebih. Kalo nak mengharapkan ‘final’ exam memang susah sikit nak skor.

Sekarang saya nak kongsikan dengan pembaca setia di beduzbiz.com ni dengan 2 buah hadis sahih yang berkaitan serba sedikit tentang dunia bisnes ni.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: ‘binasalah hamba kepada dinar dan dirham, dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan kain corak (ghairah dengan kemewahan dan kesenangan); sekiranya diberikan kepadanya ia meredai, sekiranya tidak diberikan ia tidak meredhai.”

(Riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menerangkan bagaimana orang terlalu tamakan harta akan mendapat binasa drp Allah SWT. Jalan selamat ialah dengan menumpukan niat dan tujuan segala perbuatan dan perlakuan kepada Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: “bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Harta benda bukanlah sesuatu yang berharga untuk kita semua. Memang tidak dinafikan harta benda penting untuk urusan duniawi malah untuk akhirat juga ia penting contohnya untuk pergi menunaikan haji mesti kena ada harta bukan? Tapi jika harta banyak sekalipun jiwa tidak tenang, selalu ditimpa masalah dan musibah serta selalu diserang penyakit maka harta sebanyak mana pun ia tidak bermakna. Sebab itu dalam hadis diatas menerangkan kekayaan sebenarnya datangnya dari jiwa yang bersih serta di redhai oleh Allah SWT. Oleh itu saya berpesan pada disaya dan kawan-kawan saya dalam blog ini sama-sama kita mengejar kekayaan jiwa dan tidak lupa juga untuk kekayaan harta. Agar dengan kekayaan harta ini sebagai jambatan untuk kita semua mencapai keredhaan Allah SWT…Amin…

makkah279124902_std.jpg

makkah.jpg

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Melayu Billionaire

March 21, 2008 on 1:31 am | In Uncategorized | 21 Comments

Semalam saya pergi menonton wayang dimana tajuk citernya 10,000 BC. Jalan crita dia memang best dan latar belakang pengambarannya cukup memukau. Tahukah anda ape itu maksud 10,000 BC?

10,000 BC ni bermakna 10,000 sebelum kelahiran nabi Isa. Pengarah file mini mengambarkan 10,000 BC ini adalah zaman Firaun. Dimana beliau membawa kembali bagaimana pyramid dihasilkan. dibawah ni adalah sebahagian daripada babak cite tersebut…

10000bc.jpg

‘babak dimana hero mengejar aweknya’

large_20080307-10000bc-sabretothedtiger.jpg

‘babak selepas hero menyelamatkan Rimau’

10000bcu.jpg

‘manusia primitif mengejar gajah liar’

tenkbc.jpg

‘rimau Vs hero’

10000bcpic1.jpg

‘hero begitu sayangkan aweknya’

 

10000bc_teaser_thumb.jpg

‘poster’

Cukuplah setakat tu review movie kali ni..hehe… sekarang saya cite kisah orang melayu paling kaya di bumi bernama Malaysia ni.

Mungkin korang da kenal dengan beliau ni tapi belum tentu tahukan bagaimana beliau ni jadi billionaire…

Continue reading Melayu Billionaire…

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank
Next Page »
 

statcounter