|
||||||||||
|
|
Bisnes|kreatif|inovatifFebruary 26, 2008 on 2:15 pm | In bisnes |Kreatif dan inovatif… Hari ini saya ada kelas forensic. Kelas tu mula pukul 8 pagi. Walaupun agak liat untuk saya bangun tapi disebabkan lecturer yang mengajar tu memang best. Dia bukan saja mengajar mengenai farmasi forensic tapi diselitkan juga mengenai bisnes dalam dunia farmasi. Lecturer tu juga mempunyai kilangnya yang tersendiri. Kilang beliau menghasilkan tablet ikan haruan. Seperti kita sedia maklum, ikan haruan ini digunakan untuk menyembuhkan luka terutama ibu selepas melahirkan anak. Tapi masalahnya tidak semua orang suka makan ikan haruan kerana rasanya yang agak pelik dan hanyir. Untuk mengatasi masalah rasa yang kurang enak ini beliau menghasilkan tablet ikan haruan. Maka lebih senang dan mudah untuk ibu2 yang lepas bersalin pulih dari luka dengan menelan tablet tersebut saja. Tablet itu juga senang didapati hanya pergi ke farmasi berhampiran dan beli tablet ikan haruan yang harganya lebih kurang RM 20 saja. Tak perlu pergi ke sungai menangkap ikan haruan. Saya pernah bersembang dengan dia mengenai bisnes beliau. Beliau mengatakan pada saya, kadang kala untuk mendapat keuntungan dalam perniagaan kita perlu menjadi sedikit kreatif dan inovatif. Kita tidak perlu mencipta sesuatu yang baru tapi kita hanya perlu sedikit ubahsuai sesuatu yang telah sedia ada. P/S: saya pernah bertanya berapa keuntungan yang beliau dapat melalui bisnes tablet ikan haruan. Beliau tidak menjawab tapi hanya memberi senyuman seperti seorang jutawan… 6 Comments »RSS feed for comments on this post. TrackBack URI Leave a comment |
statcounterLive Traffic |
![]()
Powered by WordPress. Theme designed by Lunarpages Web Hosting. |
Aku memang tak bape suka sangat makan bende tu. Yap. Memang hanyir. Bau oo mulut kalau makan. Kalau nk buang air, bau jugak kekadang..
Comment by titan — February 27, 2008 #
ada orang tu sampai abes tempoh pantang pun luka dia x baik2..sebab alergik dgn bau ikan haruan. skg untuk kelahiran anak kedua da xda masalah. telan je pil ikan haruan..he3..
Comment by beduzbiz — February 27, 2008 #
Huhu.. nak komen sikit berkenaan dengan Ikan Haruan.
Eh sedap apa ikan tu!! kulitnya putih dan berselera dimakan, cuma bagi yang tak biasa jer dia tak suka.
Yang penting Ciptaan Allah s.w.t semuanya ada Hikmahnya.
Ok Hafiz saya dah add link anda di blog saya.
Salam perkenalan dari ku Hamid
Comment by Hamid — February 27, 2008 #
ok hamid..
p/s: suka ikan keli lagi..hu3
Comment by beduzbiz — February 27, 2008 #
ikan keli ke ikan haruan ke ikan linang ke… ikan belut ke… buat sataaaaaaaaaaaaaayyyy lagi bagus daaaaa……
bakar pon sodapppp woooooooooooooooo….
Comment by abdfatah — February 28, 2008 #
kat farmasi mana yg jual pil tu? tgh dok cari ni..
Comment by n0r — June 3, 2008 #