|
||||||||||
|
|
KeKayaan SebenarMarch 27, 2008 on 2:46 am | In bisnes, hadis mengenai bisnes |Salam sejahtera, Agak lama saya meninggalkan blog ni tanpa sebarang post. Disebabkan terlalu banyak assignment yang perlu dibuat memandangkan hari jumaat ini adalah tarikh akhir saya perlu menghantar assignment tersebut. Sejak seminggu lepas saya hanya tidur 3 jam je sehari demi memastikan assignment yang wajib disiapkan tu memenuhi kehendak pensyarah. Ialah ‘time’ ni la nak bodek pensyarah supaya dapat markah lebih. Kalo nak mengharapkan ‘final’ exam memang susah sikit nak skor. Sekarang saya nak kongsikan dengan pembaca setia di beduzbiz.com ni dengan 2 buah hadis sahih yang berkaitan serba sedikit tentang dunia bisnes ni. Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: ‘binasalah hamba kepada dinar dan dirham, dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan kain corak (ghairah dengan kemewahan dan kesenangan); sekiranya diberikan kepadanya ia meredai, sekiranya tidak diberikan ia tidak meredhai.” (Riwayat al-Bukhari) Hadis ini menerangkan bagaimana orang terlalu tamakan harta akan mendapat binasa drp Allah SWT. Jalan selamat ialah dengan menumpukan niat dan tujuan segala perbuatan dan perlakuan kepada Allah SWT. Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: “bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Harta benda bukanlah sesuatu yang berharga untuk kita semua. Memang tidak dinafikan harta benda penting untuk urusan duniawi malah untuk akhirat juga ia penting contohnya untuk pergi menunaikan haji mesti kena ada harta bukan? Tapi jika harta banyak sekalipun jiwa tidak tenang, selalu ditimpa masalah dan musibah serta selalu diserang penyakit maka harta sebanyak mana pun ia tidak bermakna. Sebab itu dalam hadis diatas menerangkan kekayaan sebenarnya datangnya dari jiwa yang bersih serta di redhai oleh Allah SWT. Oleh itu saya berpesan pada disaya dan kawan-kawan saya dalam blog ini sama-sama kita mengejar kekayaan jiwa dan tidak lupa juga untuk kekayaan harta. Agar dengan kekayaan harta ini sebagai jambatan untuk kita semua mencapai keredhaan Allah SWT…Amin… 14 Comments »RSS feed for comments on this post. TrackBack URI Leave a comment |
statcounter |
![]()
Powered by WordPress. Theme designed by Lunarpages Web Hosting. |
seimbangkan dunia akhirat.. insyaAllah
Comment by Mohd Ismail — March 27, 2008 #
Ha’ah…betul tu. Apa2 pun jgn lupa tanggungjawab kita sbg hamba. Kita datang ke dunia ni bukanlah utk cari kekayaan semata-mata, sebaliknya bekal utk kehidupan yg kekal abadi nanti..
Insya-Allah, kita sama2 usaha semoga dpt amal.
Comment by Din Beramboi — March 27, 2008 #
[…] 6. Oklah…tambah lagi…macam ingkar syarat jer..tapi takper. Afham dan Syawal aku tak akan lupakan ko kerana ko berdua pernah jumpa aku..hahaha termasuk juga emet dan beduz […]
Pingback by 5 Perkara Pertama Dalam Hidup Anda | Blog Afzai Afandi dot com — March 27, 2008 #
Selamat Mencari Ilmu.. Sebbaik Den Dan Lepas Saat² Sebegitu.. Huhu..
Comment by Qaiyum — March 27, 2008 #
#mohd ismail, betul tu yang penting kt berjaya dunia akhirat.
#DinBeramboi, tq kerana pendapat yang bernas
#AfzaiAfandi, tq krn sudi menge’tag’ saya
#Qaiyum, ilmu dicari sampai ke negara China.
Comment by beduzbiz — March 28, 2008 #
hohoh bro bz la nie yea???papapun teruskan kejayaan anda dalam blogging
..
Comment by dauz — March 29, 2008 #
Dulu sy pernah buka satu topik kat forum WC, tajuknya, Kenapa Anda Ingin Menjadi Kaya/ Jutawan? Pelbagai jawapan yg sy terima. Tp rasanya tiada 1 pun yg ingin menjadi kaya untuk memperjuangkan Islam. Takpe, bukannya salah cuma jelaslah kepada saya tak ramai org yg merasa dirinya perlu kaya kerana Allah. Sebaliknya kerana kekayaan diri sendiri dn keluarga mereka sahaja…
Comment by wanwma — March 29, 2008 #
setuju sangat dengan entry ni dan pendapat wanwma.
Comment by salihin — March 29, 2008 #
betul tu Wanwma,tak semua orang nampak benda awak cakap tu.Tapi kalau dah kaya at least kuar zakat ngan banyak menderma pun saya rasa dah cukup.
Kalau nak lagi bagus bantu saudara kita di Timur Tengah.
Comment by starline — March 30, 2008 #
Bukan senang nak kaya..ramai yang kaya tetapi mudah lupa diri dan mudah juga lupa pada ilahi…
Banyak hikmahnya jika kita masih lagi belum kaya, mungkin ALLAH sayangkan kita kerana takut nanti kita juga akan mudah lupa padaNYA setelah DIA memberikan kekayaan kepada kita.
Apapun, maniskan bibir selalu dengan kalimah alhamdulillah semoga rezeki kita terus bertambah dan diberkati
Comment by Afzai Afandi — March 31, 2008 #
Ehm, jika aku mampu. Aku nak pergi Mekah sebelum umur aku 30 tahun. Doakan aku ek!
Comment by titan — March 31, 2008 #
jadilah orang yang kaya seperti Sayidina Othman Affan r.a
Comment by kooreen79 — April 10, 2008 #
teruja betul tengok gambar Kaabah tu…
Comment by NR YuMmiE — July 28, 2008 #
nr yummie..memang teruja..
semoga kt semua cepat2 dpt seru untuk ke sana.
Comment by beduzbiz — July 28, 2008 #