Korea dan Bisnes

February 28, 2008 on 1:16 pm | In bisnes |

Korea dan bisnes

sekarang saya berada hampir di hujung semesta. Memang banyak assignment yang perlu disiapkan. Lecturer plak mengajar secepat yang mungkin agar cepat habis silibus. Tapi student langsung x faham pape. Mungkin sorang dua je kot yang faham.

Demi menyiapkan assignment saya selalu lepak di library. Walaupun agak boring tapi mujur boleh ‘online’ disitu.

Dalam mencari maklumat untuk assignment saya terjumpa satu buku berwarna merah yang bertajuk ‘history of korea’. Memang best isi kandungan dia.

Dalam buku itu menceritakan bagaimana sebuah Negara yang mundur boleh menjadi maju.

Korea terbahagi kepada 2 iaitu korea selatan dan korea utara. Korea selatan mengamalkan dasar pintu terbuka dalam ekonominya dan dipengaruhi oleh kuasa kapitalis iaitu US. Korea utara pula mengamalkan dasar tertutup dan dipengaruhi oleh kuasa komunis seperti china. Jika dibandingkan ekonomi, korea selatan jauh lebih maju dari korea utara.

Tahukah anda, jenama seperti Hyundai, ssangyong, Samsung,Daewoo, LG adalah barangan keluaran dari Negara korea selatan.

Kenapa korea begitu hebat sehinggakan boleh dikatakan kesemua barang keluarannya berada di merata dunia?

Selepas perang dunia kedua korea mengalami perang saudara yang hampir menghancurkan Negara itu sendiri. Ditambah lagi bangsa korea hanya dianggap kuli saja oleh jirannya iaitu jepun dan china. Jika dilihat sudut geografi pula, korea mempunyai sumber alam yang terhad dan sering dilanda gempa bumi dan juga tsunami. Dan nyata sekali korea dianggap bangsa yang lemah oleh kuasa barat..

Tapi bagaimanakah korea selatan ini boleh bangkit dan merupakan salah satu kuasa ekonomi yang besar di Asia. Jika dibandingkan dengan Negara kita Malaysia, kita seharusnya lebih maju dari mereka kerana kita mempunyai kedudukan yang strategic untuk perdagangan, kita tidak diganggu oleh kemusnahan alam yang dasyat dan nyata sekali kita hidup tanpa ada peperangan. Tetapi kenapa proton kita tidak setanding Hyundai mereka? Kenapa Mmobile kita tidak setanding LG mereka? Teknologi mereka yang hebat hinggakan Malaysia menggunakan kepakaran mereka dalam pembinaan Jambatan Pulau Pinang..

Tetapi mujurlah terdapat juga usahawan kita berkerjasama dengan mereka maka wujudlah Naza dan Kia motor.

P/S: Malaysia bila lagi nak unjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia? Korea sudah anjurkan.

.

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

6 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Dah masukkan link anda! hehhe..negara kita agak jauh ketnggalan kerana faktor rahsuah dan penyelewengan dalam perniagaan yang dilakukan oleh ahli2 politik!

    Comment by wanwma — February 29, 2008 #

  2. ok tq..harap2 tak ada la rasuah dalam bisnes internet ni ek..

    Comment by beduzbiz — February 29, 2008 #

  3. malaysia makin3 maju tp bangsa makin3 layu
    gila kuasa gila harta dengki khianat fitnah sama sendiri
    apa erti erti kemajuan mana dia keadilan?-kump.FTG (album made in malaysia)

    wah bedebuz..awak dok korea ke? best ke sana?

    Comment by kooreen79 — February 29, 2008 #

  4. kooreen, saya xde la sampai duk sana tapi teringin juga nak lepak2 saya. paling kurang pun minum nescafe sambil online disana.hehe..

    p/s: diorang kerja selama 14 hingga 16 jam sehari..

    Comment by beduzbiz — February 29, 2008 #

  5. Hi…Yea…Orang korea memang hebat…Semakin maju je jauh ketinggalan dah Malaysia…
    Tetapi Jepun lagi maju…Teknologi kita ketinggalan 5 tahun sudah kot…

    Comment by Dauz — February 29, 2008 #

  6. Aku rasa yang menjadikan kita ni ketinggalan kebelakang adalah kerana sistem pendidikan kitalah, terlalu banyak teori tapi kurang praktikal.

    Sebab tu ramai yang menganggur, belajar tinggi2 tapi tak pandai cari kerja yang sesuai.

    Yang keduanya politik, aku tengok semua perkara yang ada berkaitan politik semuanya ketinggalan. Tak kiralah berkaitan sukan, atau pun perniagaan. Lihat saja Sukan skuash, hoki, boling , n badminton yang kurang penglibatan politik. Mereka semua berjaya di peringkat dunia.

    Tengoklah bola sepak, byk orang politik melingkup! Jangan harap nak pegi piala dunia, walaupun seratus tahun lagi.

    Comment by emet — February 29, 2008 #

Leave a comment

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

 

statcounter

Live Traffic