Misteri..Pelik Tapi Benar

February 29, 2008 on 6:13 pm | In bisnes, hadis mengenai bisnes |

Misteri..Pelik Tapi Benar

Hari ni saya tak ada kuliah. So lepas subuh tu tidur balik la dan bangun pukul 10.30. walaupun bangun 10.30 tu da kira lewat untuk masyarakat luar dari kampus usm tapi bagi kami pukul 10.30 tu sudah dianggap awal. Tapi pada hari jumaat,sabtu dan ahad saje.

Sesudah solat jumaat saya ambil satu risalah yang diedarkan oleh ajk masjid tersebut. Ape yang menariknya risalah ini ia menerangkan perkara pelik tapi benar. Apakah itu perkara pelik tapi benar saudara beduz?? Saya xmau dengar yang sia2 disini..terdengar suara mencelah.

Ok baiklah sekarang saya bagi tahu perkara pelik tapi benar selepas mengemukakan persoalan dibawah.

Pernahkah kita bertanya kenapa si fulan tu kaya, kereta mewah, rumah ada sampai 4 5 buah tu x termasuk rumah di London lagi.tapi hairan si fulan tu x pernah pun nampak p sembahyang jumaat, bahkan solat hari raya pun tak pernah pergi.

TAPI kenapa Allah masih bagi dia nikmat yang melimpah ruah? Adakah Allah tu tidak adil? KENAPA orang kafir boleh kaya raya, pandai dan semuanya lebih dari orang islam. KENAPA??

Pelik tapi Benar…itulah yang dinamakan ISTIDRAJ. Apakah itu istidraj?

Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Nabi s.a.w bersabda:

“apabila kamu melihat bahawa Allah taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”

(diriwayatkan oleh At-Tabrani Ahmad dan Al-Baihaqi)

Manusia istidraj ini manusia yang lupa daratan. Walaupun dia berbuat maksiat dan harta bendanya makin berlimpah ruah, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka menghina orang yang beramal. “ dia tu siang malam ke masjid, basikal pun x mampu nak beli, tapi aku rilek je x sembahyang ke kelab malam pun naik kereta mewah”

Manusia istidraj ni menggunakan prinsip ‘ tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah’

Saya nasihatkan kepada diri saya dan juga kawan2 saya agar biarlah kita dapat rezeki yang diredhai Allah. Tak guna kita mendapat keuntungan mencurah2 samada melalui adsense ke, ebook ke, atau software ke tapi ia diistidrajkan oleh Allah SWT. Seksa nak mati nanti..

P/S : sesiapa berminat nak sebarkan artikel ini, saya sangat berbesar hati…

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

7 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. […] Artical ini disampaikan oleh saudara Hafiz dari blog http://beduzbiz.com […]

    Pingback by Bicara Ebiz » Blog Archive » Kaya Tapi Tidak Diredhai Oleh Allah S.W.T — March 1, 2008 #

  2. ehm..rezeki dan jalan kita lain-lain. Kita cuma perlu teruskan usaha dan gandakan usaha. Jika orang lain, boleh. Kita pun boleh!

    Comment by titan — March 3, 2008 #

  3. Assalamualaikum…
    Pertama kali wat comment kat sini… istidraj juga adalah bukti kepada manusia bahawa tuhan itu maha adil dan maha pengasih sayang.. hermm.. dulu saya ada juga berhadapan dengan beberapa rakan(bkn islam) yang mencabar kewibawaan saya sebagai org islam… dia cakap “Hei, lu orang islam banyak doa, ruah rezeki tapi lu tetap miskin!, tengok gua kaya dari lu” saya jawab “Doa sebagai penghubung aku dengan Pencipta, rezeki itu salah satu permintaan aku yang disuruh oleh Pencipta aku sendiri(mohonlah kepada tuhan kamu) dan aku tak pernah minta untuk jadi kaya, cukup sekadar makan hari ini, itulah rezeki bagi aku” huhuhuhu <– penuh berhikmah aku berkata dekat dia, dia senyap aje…”Maksud lu tuhan lu tak adil lah” aku jawab lagi “Tuhan aku adil, kalau dia tak adil dah lama dia tak wujud kan orang bukan islam :P” sampai situ ajelah… kalau tidak panjang kekekekek

    ok selamat berkenalan,,,
    terima kasih lawat blog saya

    Comment by sahabat — March 5, 2008 #

  4. tq sahabat atas komen yang memperkuatkan lagi point saya mengenai istidraj ni..maha kaya Allah SWT memberi ar rahman tu kepada semua makhluknya dan ar rahim hanya yang beriman..

    Comment by beduzbiz — March 5, 2008 #

  5. Takut jugak erk..nampak kaya tapi tak berkat siap dapat kemurkaan lagi.Simpang jauh2 la.Rezeki sikit kena bersyukur,rezeki banyak kena lagi banyak bersyukur.

    Semua datang darin-Nya.Harta kekayaan pun datang dari Allah.Bila2 masa saja boleh tarik balik.

    Comment by starline — March 30, 2008 #

  6. Manusia perlu besyukur dengan apa yg ada. Salah satu cara kita bersyukur, kita perlu melihat kebawah. Org kaya tengok org miskin, org sihat tengok org sakit, org berkenderaan tengok org berjalan kaki dsb.

    Comment by sahabat islam — December 5, 2008 #

  7. setuju benar dengan pendapat sahabat islam :)

    Comment by beduzbiz — December 14, 2008 #

Leave a comment

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

 

statcounter

Live Traffic