Tidak Tahu Wang…

July 11, 2008 on 12:19 am | In Uncategorized, bisnes, buat wang, jimat wang | 2 Comments

salam semua…

Tahniah diucapkan kepada anda kerana sedar mengenai kepentingan perkara mengenai kewangan ini.

Daripada pembacaan, pertanyaan dan pengalaman saya sendiri bahawa ramai rakyat Malaysia buta mengenai pengurusan kewangan. Inilah dinamakan kejahilan kewangan.

Sebenarnya masyarakat kita sekarang apabila disebut mengenai wang ia seolah-olah suatu yang negative. Inilah salah satu sebab kenapa kebanyakkan masyarakat kita jahil perkara mengenai kewangan.

Kita tidak perlu belajar tinggi-tinggi atau mengambil ijazah kewangan untuk memahirkan diri kita dalam perkara yang melibatkan kewangan. Apa yang penting disini adalah semangat dan azam untuk mempelajarinya.

Kebanyakan daripada kita pastinya tahu beberapa langkah perancangan kewangan untuk membebaskan kita daripada masalah kewangan. Sebagai contoh berjimat cermat, pengurusan hutang, menabung untuk pendidikan anak dan menyimpan lebih. Tetapi berapa ramaikah di antara kita ini betul-betul mempraktikannya??

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

seminar rbddi

July 1, 2008 on 12:39 am | In bisnes, buat wang | 3 Comments

salam semua…

tahukah anda apakah itu rbddi? rbddi itu adalah rahsia buit duit dengan internet. saya telah menghadiri seminar yang dianjurkan oleh sabri dari saifulsham consultant.

memang best seminar tersebut. banyak cara yang diajar untuk meningkatkan sales perniagaan kita. sekarang saya dalam usaha untuk menimplementasikan kaedah yang diajarkan oleh sabri saifulsham. selain daripada teknik dan skill dalam bisnes internet ini, penyampaian sabri yang bersahaja dan ketangkasan beliau menjawap soalan peserta turut meningkatkan kefahaman kami dalam seminar tersebut.

Paling yang best adalah “part” makan..hehe.. makan dihotel 5 star memang syok habis. dalam 2-3 kali juga la bangun menambah lauk..huhu

seminar tersebut diadakan Berjaya Times Square hotel. memang pelik bagi saya bunyi hotel itu. manakan tidak, itulah kali pertama saya jejakan kaki ke Kuala Lumpur selepas 7tahun.

P/S: tersilap naik monorail, daripada imbi nak p bukit nanas tapi tersilap naik monorail yang nak p KL sentral..huhu..

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

amazingpenang…

May 17, 2008 on 10:30 pm | In bisnes | 4 Comments

salam semua!!

Hari ini saya release tension keluar tengok wayang kat megamall kuantan bersama-sama keluarga. mana tak tensionnya sebab asyik fokus kpd bisnes saya je.

sekarang saya fokus untuk meningkatkan sales ebook saya menggunakan promosi google adword sahaja.

kenapa saya promosi google adword saje??

sebab saya just nak test power sejauh mananya hebatnya promosi melalui google ni.

oh ya, kawan-kawan semua boleh la tengok ebook saya ni kat sini

so kalau anda nak komen pape mengenai sales latter tersebut boleh la nyatakan diruangan komen dibawah ni ye.

ebook ni saya fokus untuk pasaran luar saja dan bukan untuk pasaran dalam Malaysia.

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

KeKayaan Sebenar

March 27, 2008 on 2:46 am | In bisnes, hadis mengenai bisnes | 14 Comments

Salam sejahtera,

Agak lama saya meninggalkan blog ni tanpa sebarang post. Disebabkan terlalu banyak assignment yang perlu dibuat memandangkan hari jumaat ini adalah tarikh akhir saya perlu menghantar assignment tersebut. Sejak seminggu lepas saya hanya tidur 3 jam je sehari demi memastikan assignment yang wajib disiapkan tu memenuhi kehendak pensyarah. Ialah ‘time’ ni la nak bodek pensyarah supaya dapat markah lebih. Kalo nak mengharapkan ‘final’ exam memang susah sikit nak skor.

Sekarang saya nak kongsikan dengan pembaca setia di beduzbiz.com ni dengan 2 buah hadis sahih yang berkaitan serba sedikit tentang dunia bisnes ni.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: ‘binasalah hamba kepada dinar dan dirham, dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan kain corak (ghairah dengan kemewahan dan kesenangan); sekiranya diberikan kepadanya ia meredai, sekiranya tidak diberikan ia tidak meredhai.”

(Riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menerangkan bagaimana orang terlalu tamakan harta akan mendapat binasa drp Allah SWT. Jalan selamat ialah dengan menumpukan niat dan tujuan segala perbuatan dan perlakuan kepada Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: “bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Harta benda bukanlah sesuatu yang berharga untuk kita semua. Memang tidak dinafikan harta benda penting untuk urusan duniawi malah untuk akhirat juga ia penting contohnya untuk pergi menunaikan haji mesti kena ada harta bukan? Tapi jika harta banyak sekalipun jiwa tidak tenang, selalu ditimpa masalah dan musibah serta selalu diserang penyakit maka harta sebanyak mana pun ia tidak bermakna. Sebab itu dalam hadis diatas menerangkan kekayaan sebenarnya datangnya dari jiwa yang bersih serta di redhai oleh Allah SWT. Oleh itu saya berpesan pada disaya dan kawan-kawan saya dalam blog ini sama-sama kita mengejar kekayaan jiwa dan tidak lupa juga untuk kekayaan harta. Agar dengan kekayaan harta ini sebagai jambatan untuk kita semua mencapai keredhaan Allah SWT…Amin…

makkah279124902_std.jpg

makkah.jpg

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Terkaya Dunia dan Terkaya Malaysia

March 9, 2008 on 8:44 pm | In Billionaire, bisnes | 14 Comments

Terkaya dunia dan terkaya Malaysia

Setelah keputusan pilihan raya dikeluarkan kini rakyat Malaysia tentunya berasa lega setelah pemimpin yang dipilihnya menang samada di parlimen ataupun di DUN.

Kini kampus induk USM kembali meriah dan ceria setelah student2nya pulang daripada kampung masing2.

Ok, saya xmau cakap banyak2 mengenai kes pilihanraya ataupun kes politik takut nanti blog ini dicop atau di ‘block’ oleh pihak tertentu sebagai blog politik.

Pada 6mac iaitu pada hari khamis majalah forbes telah mengeluarkan senarai manusia yang paling banyak hartanya di bumi Allah SWT ini.

Kali ini kita melihat ‘tsunami’ melanda senarai billionaire ini dimana kita lihat Bill Gates (RM183.62bil) telah ditumbangkan oleh Warren Buffet (196.27bil). walaupun pakcik Buffet ini paling banyak harta tapi dia adalah yang tertua sekali jika dilihat dari sudut 5 yang terkaya di dunia.

Ini adalah senarai 5 terkaya di dunia…

NAMA UMUR KEKAYAAN(billion)

Warren Buffet 77tahun RM196.27

Carlos Slim Helu 68tahun RM189.98

Bill Gates 52tahun RM183.62

Lakshmi Mital 57tahun RM142.46

Mukesh Ambani 50tahun RM136.00

Untuk pengetahuan pembaca di beduzbiz.com, En.Buffet ini merupakan seorang pelabur dan memiliki sebuah syarikat yang bernama Berkshire Hathway. Buffet ini juga terlibat secara langsung dalam industri makanan , barangan kemas, insuran dan juga kemudahan awam.

Saya x mau cakap banyak pasal Warren Buffer takut timbul perasaan riak plak di hatinya.

Sekarang saya nak cite pasal orang paling kaya di Negara bertuah ni iaitu Malaysia.

Nampaknya jika dilihat dari sudut harta benda di Malaysia ni tiada sebarang ‘tsunami’ ataupun ‘ribut’ yang melanda.

Continue reading Terkaya Dunia dan Terkaya Malaysia…

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Misteri..Pelik Tapi Benar

February 29, 2008 on 6:13 pm | In bisnes, hadis mengenai bisnes | 5 Comments

Misteri..Pelik Tapi Benar

Hari ni saya tak ada kuliah. So lepas subuh tu tidur balik la dan bangun pukul 10.30. walaupun bangun 10.30 tu da kira lewat untuk masyarakat luar dari kampus usm tapi bagi kami pukul 10.30 tu sudah dianggap awal. Tapi pada hari jumaat,sabtu dan ahad saje.

Sesudah solat jumaat saya ambil satu risalah yang diedarkan oleh ajk masjid tersebut. Ape yang menariknya risalah ini ia menerangkan perkara pelik tapi benar. Apakah itu perkara pelik tapi benar saudara beduz?? Saya xmau dengar yang sia2 disini..terdengar suara mencelah.

Ok baiklah sekarang saya bagi tahu perkara pelik tapi benar selepas mengemukakan persoalan dibawah.

Pernahkah kita bertanya kenapa si fulan tu kaya, kereta mewah, rumah ada sampai 4 5 buah tu x termasuk rumah di London lagi.tapi hairan si fulan tu x pernah pun nampak p sembahyang jumaat, bahkan solat hari raya pun tak pernah pergi.

TAPI kenapa Allah masih bagi dia nikmat yang melimpah ruah? Adakah Allah tu tidak adil? KENAPA orang kafir boleh kaya raya, pandai dan semuanya lebih dari orang islam. KENAPA??

Continue reading Misteri..Pelik Tapi Benar…

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Korea dan Bisnes

February 28, 2008 on 1:16 pm | In bisnes | 6 Comments

Korea dan bisnes

sekarang saya berada hampir di hujung semesta. Memang banyak assignment yang perlu disiapkan. Lecturer plak mengajar secepat yang mungkin agar cepat habis silibus. Tapi student langsung x faham pape. Mungkin sorang dua je kot yang faham.

Demi menyiapkan assignment saya selalu lepak di library. Walaupun agak boring tapi mujur boleh ‘online’ disitu.

Dalam mencari maklumat untuk assignment saya terjumpa satu buku berwarna merah yang bertajuk ‘history of korea’. Memang best isi kandungan dia.

Dalam buku itu menceritakan bagaimana sebuah Negara yang mundur boleh menjadi maju.

Korea terbahagi kepada 2 iaitu korea selatan dan korea utara. Korea selatan mengamalkan dasar pintu terbuka dalam ekonominya dan dipengaruhi oleh kuasa kapitalis iaitu US. Korea utara pula mengamalkan dasar tertutup dan dipengaruhi oleh kuasa komunis seperti china. Jika dibandingkan ekonomi, korea selatan jauh lebih maju dari korea utara.

Tahukah anda, jenama seperti Hyundai, ssangyong, Samsung,Daewoo, LG adalah barangan keluaran dari Negara korea selatan.

Kenapa korea begitu hebat sehinggakan boleh dikatakan kesemua barang keluarannya berada di merata dunia?

Selepas perang dunia kedua korea mengalami perang saudara yang hampir menghancurkan Negara itu sendiri. Ditambah lagi bangsa korea hanya dianggap kuli saja oleh jirannya iaitu jepun dan china. Jika dilihat sudut geografi pula, korea mempunyai sumber alam yang terhad dan sering dilanda gempa bumi dan juga tsunami. Dan nyata sekali korea dianggap bangsa yang lemah oleh kuasa barat..

Tapi bagaimanakah korea selatan ini boleh bangkit dan merupakan salah satu kuasa ekonomi yang besar di Asia. Jika dibandingkan dengan Negara kita Malaysia, kita seharusnya lebih maju dari mereka kerana kita mempunyai kedudukan yang strategic untuk perdagangan, kita tidak diganggu oleh kemusnahan alam yang dasyat dan nyata sekali kita hidup tanpa ada peperangan. Tetapi kenapa proton kita tidak setanding Hyundai mereka? Kenapa Mmobile kita tidak setanding LG mereka? Teknologi mereka yang hebat hinggakan Malaysia menggunakan kepakaran mereka dalam pembinaan Jambatan Pulau Pinang..

Tetapi mujurlah terdapat juga usahawan kita berkerjasama dengan mereka maka wujudlah Naza dan Kia motor.

P/S: Malaysia bila lagi nak unjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia? Korea sudah anjurkan.

.

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Bisnes|kreatif|inovatif

February 26, 2008 on 2:15 pm | In bisnes | 6 Comments

Kreatif dan inovatif…

Hari ini saya ada kelas forensic. Kelas tu mula pukul 8 pagi. Walaupun agak liat untuk saya bangun tapi disebabkan lecturer yang mengajar tu memang best. Dia bukan saja mengajar mengenai farmasi forensic tapi diselitkan juga mengenai bisnes dalam dunia farmasi. Lecturer tu juga mempunyai kilangnya yang tersendiri. Kilang beliau menghasilkan tablet ikan haruan.

Seperti kita sedia maklum, ikan haruan ini digunakan untuk menyembuhkan luka terutama ibu selepas melahirkan anak. Tapi masalahnya tidak semua orang suka makan ikan haruan kerana rasanya yang agak pelik dan hanyir.

Untuk mengatasi masalah rasa yang kurang enak ini beliau menghasilkan tablet ikan haruan. Maka lebih senang dan mudah untuk ibu2 yang lepas bersalin pulih dari luka dengan menelan tablet tersebut saja. Tablet itu juga senang didapati hanya pergi ke farmasi berhampiran dan beli tablet ikan haruan yang harganya lebih kurang RM 20 saja. Tak perlu pergi ke sungai menangkap ikan haruan.

Saya pernah bersembang dengan dia mengenai bisnes beliau. Beliau mengatakan pada saya, kadang kala untuk mendapat keuntungan dalam perniagaan kita perlu menjadi sedikit kreatif dan inovatif. Kita tidak perlu mencipta sesuatu yang baru tapi kita hanya perlu sedikit ubahsuai sesuatu yang telah sedia ada.

P/S: saya pernah bertanya berapa keuntungan yang beliau dapat melalui bisnes tablet ikan haruan. Beliau tidak menjawab tapi hanya memberi senyuman seperti seorang jutawan…

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Boleh percaya ke?

February 24, 2008 on 12:15 am | In bisnes | 3 Comments

Boleh percaya ke?

Pada awal bulan 2 saya join persatuan anti cancer di Penang. Dimana saya dan rakan2 lain diberikan satu envelope yang mengandungi maklumat2 penting dan surat kebenaran untuk memunggut sumbangan dari orang ramai untuk membantu orang2 cancer. Disamping itu kami dipertanggungjawabkan untuk menyebarkan maklumat mengenai bahayanya cancer.

Secara kebetulan lepas diberikan tugasan itu saya balik ke kampung di Chukai, kemaman sempena cuti pertengahan semester. Kemudian giatlah saya pergi kerumah jiran2 untuk memunggut sumbangan membantu mangsa2 cancer ini.

Nak dijadikan cerita, di Chukai itu terdapat klinik yang amat maju dan x putus2 customer datang. Klinik tu jugak menpunyai cawangan farmasi dan pusat dialisisnya yang tersendiri. Saya memang kagum dengan cara pengurusan bisnes mereka. Untuk pengetahuan korang, saya pun pernah buat praktikal disitu.

Kemudian pada pukul 8 malam saya pergi ke klinik tersebut utuk memungut sumbangan untuk anti cancer tersebut. Setibanya saya disitu memang penuh dengan pesakit2 yang sedang menunggu. Disebabkan doctor perempuan tu terlalu sibuk, saya menyuruh pembantu dia menyerahkan surat2 penting mengenai kebenaran memungut sumbangan untuk membantu pesakit kanser kepada beliau.

Dalam 5 minit menunggu, pembantu beliau keluar dan bagi tahu saya “ maaf la hafiz, doctor M*****a x boleh bagi sumbangan sebab handbag dia lupa nak bawa”

Tersentak nadi saya dengar. Doktor tu pun bukan x kenal saya dan saya tahu dia memang x miss bawak handbag sebab dalam handbag tu dia akan letak purse, handset dan kunci kereta. Tapi saya harap dia betul2 x bawak handbag pada malam tu..

P/S : nak pesan, even target anda satu juta tp jangan ‘save’ sangat ye..

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank
 

statcounter