KeKayaan Sebenar

March 27, 2008 on 2:46 am | In bisnes, hadis mengenai bisnes | 14 Comments

Salam sejahtera,

Agak lama saya meninggalkan blog ni tanpa sebarang post. Disebabkan terlalu banyak assignment yang perlu dibuat memandangkan hari jumaat ini adalah tarikh akhir saya perlu menghantar assignment tersebut. Sejak seminggu lepas saya hanya tidur 3 jam je sehari demi memastikan assignment yang wajib disiapkan tu memenuhi kehendak pensyarah. Ialah ‘time’ ni la nak bodek pensyarah supaya dapat markah lebih. Kalo nak mengharapkan ‘final’ exam memang susah sikit nak skor.

Sekarang saya nak kongsikan dengan pembaca setia di beduzbiz.com ni dengan 2 buah hadis sahih yang berkaitan serba sedikit tentang dunia bisnes ni.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: ‘binasalah hamba kepada dinar dan dirham, dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan kain corak (ghairah dengan kemewahan dan kesenangan); sekiranya diberikan kepadanya ia meredai, sekiranya tidak diberikan ia tidak meredhai.”

(Riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menerangkan bagaimana orang terlalu tamakan harta akan mendapat binasa drp Allah SWT. Jalan selamat ialah dengan menumpukan niat dan tujuan segala perbuatan dan perlakuan kepada Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: “bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Harta benda bukanlah sesuatu yang berharga untuk kita semua. Memang tidak dinafikan harta benda penting untuk urusan duniawi malah untuk akhirat juga ia penting contohnya untuk pergi menunaikan haji mesti kena ada harta bukan? Tapi jika harta banyak sekalipun jiwa tidak tenang, selalu ditimpa masalah dan musibah serta selalu diserang penyakit maka harta sebanyak mana pun ia tidak bermakna. Sebab itu dalam hadis diatas menerangkan kekayaan sebenarnya datangnya dari jiwa yang bersih serta di redhai oleh Allah SWT. Oleh itu saya berpesan pada disaya dan kawan-kawan saya dalam blog ini sama-sama kita mengejar kekayaan jiwa dan tidak lupa juga untuk kekayaan harta. Agar dengan kekayaan harta ini sebagai jambatan untuk kita semua mencapai keredhaan Allah SWT…Amin…

makkah279124902_std.jpg

makkah.jpg

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Misteri..Pelik Tapi Benar

February 29, 2008 on 6:13 pm | In bisnes, hadis mengenai bisnes | 5 Comments

Misteri..Pelik Tapi Benar

Hari ni saya tak ada kuliah. So lepas subuh tu tidur balik la dan bangun pukul 10.30. walaupun bangun 10.30 tu da kira lewat untuk masyarakat luar dari kampus usm tapi bagi kami pukul 10.30 tu sudah dianggap awal. Tapi pada hari jumaat,sabtu dan ahad saje.

Sesudah solat jumaat saya ambil satu risalah yang diedarkan oleh ajk masjid tersebut. Ape yang menariknya risalah ini ia menerangkan perkara pelik tapi benar. Apakah itu perkara pelik tapi benar saudara beduz?? Saya xmau dengar yang sia2 disini..terdengar suara mencelah.

Ok baiklah sekarang saya bagi tahu perkara pelik tapi benar selepas mengemukakan persoalan dibawah.

Pernahkah kita bertanya kenapa si fulan tu kaya, kereta mewah, rumah ada sampai 4 5 buah tu x termasuk rumah di London lagi.tapi hairan si fulan tu x pernah pun nampak p sembahyang jumaat, bahkan solat hari raya pun tak pernah pergi.

TAPI kenapa Allah masih bagi dia nikmat yang melimpah ruah? Adakah Allah tu tidak adil? KENAPA orang kafir boleh kaya raya, pandai dan semuanya lebih dari orang islam. KENAPA??

Continue reading Misteri..Pelik Tapi Benar…

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank
 

statcounter