|
||||||||||
|
|
Tag PertamaApril 2, 2008 on 3:51 pm | In kena tag | 12 CommentsSalam semua… Nampaknya entry kali ni khas untuk emet dan afzai afandi kerana bro 2 orang ni telah meng’tag’ saya. Sebenarnya saya xtau pun apa tu ‘tag’..hahaha… tapi sekarang setelah dijelaskan oleh seorang bro ni (namanya terpaksa dirahsiakan demi keselamatan keluarga dan Negara) barulah saya tahu apa tu tag ni. Oklah tajuk tag yang dicipta khas tanpa menggunakan CGI (computer generated image) oleh AA ni adalah 5 perkara pertama dalam hidup anda. Syarat tag ni adalah seperti berikut: 1) Bukan cerita rekaan dan tiada kena mengena dengan hidup orang lain. 2) Perlu mengetag 5 lagi rakan blogger pilihan anda setelah anda di tag. 3) Tempoh tag bermula hari ini dan berakhir 27 April 2008. Perkara pertama dalam hidupku: 1) Bisnes pertama: bisnes pertama yang dijalankan adalah menjual aiskrim. Masa tu saya berumur 10 tahun. Saja2 je nak cari duit lebih. Duit yang mak bagi ke sekolah sikit2 saya simpan untuk buat modal. Akhirnya dengan modal RM10 dapat juga membeli barang2 mentah untuk buat aiskrim. Promosi dilakukan keatas kawan2 yang penat bermain bola sepak di 2) Pertama kali naik kapal terbang pada umur 21tahun..huhu.. kalau tak disebabkan tiket bas untuk balik raya da habis memang x merasa la saya naik kapal terbang. masa tu teruja abes time kapal terbang nak berlepas. Meremang bulu roma..hehe 3) Pertama kali saya masuk wad (hospital) masa darjah 6. masa tu kena serangan asthma yang agak kronik. Sampai exam UPSR pun kantoi… harap-harap tu la kali pertama dan terakhir saya msk wad. 4) Pada tahun 1993 adalah tahun pertama saya menunggang basikal (beroda tiga). Walaupun rakan sebaya time tu da boleh naik basikal tayar 2 namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang sehingga mampu naik basikal tayar 2. dengan berkat ‘trainning’ tiap-tiap petang akhirnya dalam masa 2 minggu sudah boleh naik basikal tayar 2..huhuhu…ingat lg masa tu 5) Pertama kali mendapat tempat no. 1 dalam klas masa tahun 2002. time tu saya form 3. bila dpt no 1 dalam klas baru ramai awek2 nak ngorat saya..femes gitu..huhuhu…malangnya tu la kali pertama dan kali terakhir saya dapat tempat no 1 dalam klas… Ok baiklah sekarang saya akan tag 5 orang plak kawan-kawan saya. 1) Qaiyum—seorang pejuang bangsa melalui penulisan yang mantap 2) Kakeru—- seorang yang selalu singgah sini dan review buku yang menarik 3) Dauz—- seorang budak baru nak SPM dan berpotensi besar dalam dunia bisnes IM 4) Ahib0205—- kawan masa kat kolej dulu (KMPP)..sama2 jadi AJK surau.. 5) Sham— merupakan otai adsense dan satu negeri dengan saya. Harap sudi la ye menjawab tag ni..hehe Doakan saya supaya final exam ni saya dapat keputusan yang cemerlang… |
statcounter |
![]()
Powered by WordPress. Theme designed by Lunarpages Web Hosting. |