Jimatkan minyak anda!

March 18, 2008 on 6:17 pm | In jimat wang, kewangan | 14 Comments

Cara menjimatkan minyak kereta…

images11.jpg

Hampir 5 hari saya x boleh berblog gara2 ada masalah pada hosting. Sekarang da ok. Terima kasih banyak2 saya ucapkan pada smartzul dan juga ecommerce hosting kerana sedaya upaya membantu saya.

Kehidupan sebagai seorang pelajar memang sibuk lebih-lebih lagi hampir pada peperiksaan akhir semester. Tapi saya masih ‘cool’ lagi sedangkan pelajar-pelajar lain sibuk ke ‘library’ dan mula membuat study group. Tapi saya anggap ini semua psikology semata-mata..hehe..

Saya tahu anda semua tidak terdaya untuk memaksa kerajaan menurunkan harga minyak bukan? Ok sekarang kita jangan memikirkan masalah tapi kita memikirkan cara menyelesaikan masalah yang berlaku sekarang. Kita cari jalan bagaimana untuk menjimatkan penggunaan minyak petro ini.

Pertama sekali kita jangan lakukan pecutan tersentak-sentak kerana ia boleh meningkatkan penggunaan sebanyak 1 liter untuk perjalanan 1km dibandar.

Kita juga mesti mengurangkan kelajuan di jalan berbatu atau jalan licin (masa hujan)

images41.jpg

Selain daripada itu kita mestilah biasakan diri menekan minyak secara lembut kerana ini dapat mengurangkan kadar penggunaan minyak secara mendadak.

Jika boleh kita mestilah kekalkan kelajuan kenderaan melebihi 35kmj. Kenapa?

Continue reading Jimatkan minyak anda!…

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Selamatkan wang anda!!

March 12, 2008 on 3:48 am | In jimat wang, kewangan | 11 Comments

Cara mengelakan wang anda lesap semasa membeli belah

Salam sejahtera kepada pembaca beduzbiz.com,

Sekarang pada pukul 2 pagi baru saya berkesempatan untuk menulis di beduzbiz.com. kenapa? Oh! Sebabnya saya begitu busy dengan assignment yang baru sebentar tadi siap. Di tambah lagi esok saya mempunyai kuiz bagi subjek dadah dan masyarakat yang mana baru sikit saje saya study mengenai subjek tu.

Topic yang saya kongsikan kali ni adalah mengenai cara menyelamatkan wang anda daripada lesap di shopping complex.

images.jpg

Saya selalu ke tesco dimana saya lihat ramai student USM memborong habis-habisan disitu. Bila di tanya kenapa boring sampai begitu sekali? Dengan slumbernya mereka menjawab ‘ dah tesco je yang jual murah so kami borong la’. Ye, strategi tesco memerangkap duit berjaya nampaknya. Lagi murah barang yang dijual semakin rakus para pelanggan tesco memborong. Jikalau mahal tiada yang membeli plak. Betul x?

images4.jpg

Saya bukan nak katakan tesco saje tapi dimana-mana saja tempat membeli belah yang menawarkan diskaun pasti diserbu orang ramai. Sehinggakan mereka ini berbelanja melebihi hadnya. Sedar tak sedar hampir seribu duit lesap di shopping complex saja. Yang lebih parah lagi yang membayar menggunakan kad kredit. Sampai je akhir bulan boleh tersentak nadi bahawa bil kad kredit melambung.

Emak saya selalu mengalami perkara seperti ini. Tidak sedar mana lesapnya duit apabila ke shopping complex. Normalnya, perkara ini biasanya terjadi kepada kaum wanita. Lelaki jarang lesap wangnya di shopping complex. Mungkin menjadi lumrah wanita dijadikan sifatnya begitu so tiada yang salahnya disini. Apa yang perlu kita lakukan untuk menyelamatkan wang kita time membeli belah?

images8.jpg

Continue reading Selamatkan wang anda!!…

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

musuh anda!

March 2, 2008 on 12:25 pm | In inflasi, kewangan | 18 Comments

Musuh anda!

Sambil duk lepak di batu feringgi datang idea nak menulis mengenai tajuk artikel kali ini. Disebabkan keindahan pantai di batu feringgi dan ditambah lagi angin yang bersepoi2 lembutnya menerjah di muka saya seketika itulah datangnya idea mencurah-curah. Dengan deruman bunyi ombak menerjah pantai serta keenakan air kelapa muda, saya terus menulis idea yang datang seumpama tsunami menerjah acheh. ( terasa cam menulis novel jiwang pun ada )

Ok baiklah saya x nak da merapu panjang2 dan jom kita ke topic utama kita.. musuh anda!

Masa saya darjah satu iaitu pada tahun 1993, mama saya hanya memberikan duit belanja ke sekolah hanya 50 sen. Adik bongsu saya yang juga darjah satu pada tahun 2006, mama saya memberikan duit belanja sebanyak rm2 kepadanya.

Masa saya darjah satu juga, air sirap yang di beli kat kantin hanya berharga 10sen. Sekarang sudah 50sen.

Pada tahun 1996 anda hanya perlukan 70 ribu untuk membeli kereta Honda civic (bukan 2nd hand punye). Tapi sekarang anda mempunyai rm 110ribu baru anda dapat merasai Honda civic new edition.

Jika pada zaman 80 an, anda mempunyai sejuta ringgit maka anda dapat membeli 2 atau 3 buah banglo di kota damansara. Tapi sekarang jika anda mempunyai satu juta ringgit, belum tentu anda dapat membeli sebuah banglo di kota damansara.

Jika pada tahun 1990 harga minyak hanyalah rm 1.03 saja tapi sekarang adalah rm 1.9 seliter.

Apakah makna semua ini?? Ini adalah musuh anda iaitu INFLASI.

Continue reading musuh anda!…

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

Jutawan VS. Kebebasan Kewangan?

February 24, 2008 on 9:41 pm | In kewangan | 5 Comments

Jutawan VS. kebebasan kewangan

Tahukah anda setiap jutawan tidak semestinya mencapai kebabasan kewangan DAN tidak semua orang yang mencapai kebebasan kewangan itu adalah jutawan.

Baiklah sekarang saya akan menghuraikan apa itu kebebasan kewangan dan apa itu jutawan. Walaupun mungkin ada orang yang dah tahu maksud2 ini tapi saya percaya ramai lagi kurang memahami istilah2 tersebut.

Secara ringkasnya jika anda tinggal di Malaysia dan mempunyai wang sebanyak RM 1juta, anda adalah jutawan. Tapi jika anda berada di US, anda belum lagi seorang jutawan. Ok? Harap anda boleh faham apa yang hendak saya maksudkan disini.

Kebebasan kewangan pula adalah seseorang itu bebas dari hutang dan mempunyai wang yang cukup untuk menampung kos2 perbelanjaan bagi hidupnya.

Sekarang saya ingin bercerita mengenai 2 orang kawan saya. Saya kenal 2 orang kawan saya ini kerana kami sering bermain tennis sama2. Seorang kawan saya ini jutawan dan seorang lagi sudah mencapai kebebasan kewangan.

Selepas bermain tennis saya selalu borak dengan mereka ini mengenai matlamat kewangan mereka.

Bagi kawan saya yang jutawan tu, matlamat dia kerja sampai pencen (55tahun da pencen) dan berbelanja mengikut kepuasan diri. Bagi beliau belanja selagi duit itu ada dan beliau menyatakan pada saya “ kita hidup sekali je so kena la enjoy, nak berjimat sangat buat apa..” oh ye, untuk pengetahuan anda kawan saya yang jutawan ini bekerja sebagai jurutera kimia dan memiliki merc compressor C200.

Ok, bagi kawan saya yang sudah mencapai kebebasan kewangan mempunyai prinsip yang berbeza dengan kawan saya yang jutawan ini. Beliau mencapai kebebasan kewangan pada umur 42 tahun. Bagi beliau kebebasan kewangan lebih penting dari mencapai taraf jutawan. Beliau lebih seronok duduk relax tapi duit sentiasa masuk. Beliau ada menyatakan pada saya yang beliau ini suka berbelanja mengikut keperluan dan bukan kehendak. Tidak seperti kawan saya yang jutawan tersebut beliau hanya mempunyai kereta Honda city saja.

So sekarang saya masih lagi dalam dilema samada untuk hidup mewah dan enjoy seperti kawan saya yang jutawan tersebut ataupun hidup sederhana dengan mencapai kebebasan kewangan pada usia yang muda.

297netzru.gif

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank
 

statcounter