Jimatkan minyak anda!

March 18, 2008 on 6:17 pm | In jimat wang, kewangan |

Cara menjimatkan minyak kereta…

images11.jpg

Hampir 5 hari saya x boleh berblog gara2 ada masalah pada hosting. Sekarang da ok. Terima kasih banyak2 saya ucapkan pada smartzul dan juga ecommerce hosting kerana sedaya upaya membantu saya.

Kehidupan sebagai seorang pelajar memang sibuk lebih-lebih lagi hampir pada peperiksaan akhir semester. Tapi saya masih ‘cool’ lagi sedangkan pelajar-pelajar lain sibuk ke ‘library’ dan mula membuat study group. Tapi saya anggap ini semua psikology semata-mata..hehe..

Saya tahu anda semua tidak terdaya untuk memaksa kerajaan menurunkan harga minyak bukan? Ok sekarang kita jangan memikirkan masalah tapi kita memikirkan cara menyelesaikan masalah yang berlaku sekarang. Kita cari jalan bagaimana untuk menjimatkan penggunaan minyak petro ini.

Pertama sekali kita jangan lakukan pecutan tersentak-sentak kerana ia boleh meningkatkan penggunaan sebanyak 1 liter untuk perjalanan 1km dibandar.

Kita juga mesti mengurangkan kelajuan di jalan berbatu atau jalan licin (masa hujan)

images41.jpg

Selain daripada itu kita mestilah biasakan diri menekan minyak secara lembut kerana ini dapat mengurangkan kadar penggunaan minyak secara mendadak.

Jika boleh kita mestilah kekalkan kelajuan kenderaan melebihi 35kmj. Kenapa?

Ok saya bagi contoh disini katakan anda pada kelajuan 35kmj dan ingin memecut ke kelajuan 60kmj , anda sebenarnya menjimatkan minyak disini berbanding anda pada kelajuan 25kmj dan ingin memecut pada kelajuan 60kmj anda membazirkan minyak hampir 30%.

Untuk perjalanan berbukit memang menggunakan minyak yang banyak. Untuk mengatasi cara ini, sebelum menaiki bukit tersebut kita mestilah memecut dulu kenderaan. Kerana momentum yang dihasilkan oleh pecutan tersebut dapat mengelakkan anda menekan pedal minyak berlebihan.

images31.jpg

Amalan membrek dan berhenti yang tidak perlu bermakna lebih banyak pecutan dan penggunaan minyak untuk ke kelajuan asal. Tahukah anda dengan pemanduan seperti ini ia menggunakan enam kali banyak minyak.

Kita kena pastikan tayar kenderaan mempunyai tekanan yang disarankan oleh pengeluarnya. Kerana tayar yang tidak cukup angin boleh meningkatkan penggunaan minyak dan juga boleh meningkatkan kehausan di bahagian tepi luar tayar. Selain itu ia boleh merosakan brek dan kuasa tarikan secara normal

images2.jpg

Diharapkan dengan sedikit panduan diatas dapat mengurangkan sedkit sebanyak kadar penggunaan minyak untuk kereta kita.

P/S: panduan ini hanya umum sahaja kerana kadar penggunaan minyak bergantung kepada jenis kereta yang digunakan.

honda-civic-mugen-rr-front.jpg

P/SS: jangan lupa tinggalkan kenangan anda disini di ruangan GuestBook ye.

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

14 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. owh ade tak cara jimat minyak untuk motorsikal ek ??

    Owh satu lagi tip jimat yang bagus :)

    Comment by dauz — March 18, 2008 #

  2. ade2..tapi saya x study abes lagi bab tu..

    Comment by beduzbiz — March 18, 2008 #

  3. Bagus2.. Tips yang berguna untuk menjimatkan petrol..

    Comment by zool — March 19, 2008 #

  4. Macam mana dengan penggunaan alat jimat minyak yang ditambah dalam engin?Bagus ke tak?

    Comment by starline — March 19, 2008 #

  5. starline, mengenai alat jimat minyak saya tidak pasti sebab saya tidak pernah guna.
    saya pernah bertanya pada beberapa orang mekanik mengenai alat tambah jimat minyak ni utk satria saya tapi mereka mengatakan alat penjimat minyak ini ‘indah khabar dari rupa’..

    Comment by beduzbiz — March 19, 2008 #

  6. (salam) buat beduzbiz dan komentars

    bila baca tips a.k.a ulasan yang saudara beduzbiz berikan, teringat cerita Initial D.

    saudara ada sebut, pernggunaan minyak bergantung kepada jenis kereta kan? adakah ia bermaksud hanya kereta manual atau kereta automatik, atau kedua2nya?

    p/s: saudara orang kemaman? anak beranak sebelah mak saya memang dari kuala kemaman. saya pun orang ganu gok..hehe

    hepi study! moga2 dapat dean’s list ya!

    Comment by komeneboo — March 19, 2008 #

  7. Salam Beduz!

    Bagus artikel ko ni, dapat belajar menjimatkan minyak kete aku… huhu :D

    Comment by emet — March 19, 2008 #

  8. Bagus info yang diberi.. Saya dah cuba, memang ada penjimatan minyak..

    Comment by Safuan A.k.a Sipenglipurlara — March 19, 2008 #

  9. harap2 harga minyak tak dinaikkan lagi..dan kalau petronas sudi meurunkan keuntungannya mungkin ada pengumuman penurunan harga minyak.

    Pelbagai produk penjimatan minyak juga dikeluarkan semenjak kenaikan harga minyak ini. Namun begitu bagi yang inginkan lebih penjimatan dan kurangkan perbelnjaan, langkah di atas adalah amat2 disarankan.

    Thanks bro..maklumat yang boleh dikongsi :)

    Comment by Afzai Afandi — March 19, 2008 #

  10. ni baru balik dari tgk wayang. tgk cite 10000 BC. agak touching jalan cite die..

    #komenebook, pada pendapat saya kereta manual lebih save minyak dari automatik. saya agak lama x balik ganu. rindu kopok lekor..

    #emet, sama2 kita jimatkan minyak. jgn race dijalan raya sebab kuat makan minyak..

    #safuan, selalu la ye kita amalkan..

    #afzai afandi, thanx bro bg support. lepas ni nak buat artikel cara2 save minyak masak plak..

    Comment by beduzbiz — March 20, 2008 #

  11. Kalau Gune Kete Savvy Jimat Tak Minyak ??

    Comment by Qaiyum — March 20, 2008 #

  12. #Qaiyum, memang jimat.kereta yang CC rendah atau dibawah 2.0 memang agak save minyak.
    kalo nak save lagi pakai kereta sorong..
    gurau je jgn mara..huhu

    Comment by beduzbiz — March 20, 2008 #

  13. aku guna kancil je apasal minyak tak jimat pun, oh ye tak ye aku suka merayap

    Comment by qalbu — May 17, 2008 #

  14. nak jimat lagi masuk BN jadi menteri. langsung tak bayar minyak.

    Comment by dan — June 17, 2008 #

Leave a comment

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

 

statcounter