Jutawan VS. Kebebasan Kewangan?

February 24, 2008 on 9:41 pm | In kewangan |

Jutawan VS. kebebasan kewangan

Tahukah anda setiap jutawan tidak semestinya mencapai kebabasan kewangan DAN tidak semua orang yang mencapai kebebasan kewangan itu adalah jutawan.

Baiklah sekarang saya akan menghuraikan apa itu kebebasan kewangan dan apa itu jutawan. Walaupun mungkin ada orang yang dah tahu maksud2 ini tapi saya percaya ramai lagi kurang memahami istilah2 tersebut.

Secara ringkasnya jika anda tinggal di Malaysia dan mempunyai wang sebanyak RM 1juta, anda adalah jutawan. Tapi jika anda berada di US, anda belum lagi seorang jutawan. Ok? Harap anda boleh faham apa yang hendak saya maksudkan disini.

Kebebasan kewangan pula adalah seseorang itu bebas dari hutang dan mempunyai wang yang cukup untuk menampung kos2 perbelanjaan bagi hidupnya.

Sekarang saya ingin bercerita mengenai 2 orang kawan saya. Saya kenal 2 orang kawan saya ini kerana kami sering bermain tennis sama2. Seorang kawan saya ini jutawan dan seorang lagi sudah mencapai kebebasan kewangan.

Selepas bermain tennis saya selalu borak dengan mereka ini mengenai matlamat kewangan mereka.

Bagi kawan saya yang jutawan tu, matlamat dia kerja sampai pencen (55tahun da pencen) dan berbelanja mengikut kepuasan diri. Bagi beliau belanja selagi duit itu ada dan beliau menyatakan pada saya “ kita hidup sekali je so kena la enjoy, nak berjimat sangat buat apa..” oh ye, untuk pengetahuan anda kawan saya yang jutawan ini bekerja sebagai jurutera kimia dan memiliki merc compressor C200.

Ok, bagi kawan saya yang sudah mencapai kebebasan kewangan mempunyai prinsip yang berbeza dengan kawan saya yang jutawan ini. Beliau mencapai kebebasan kewangan pada umur 42 tahun. Bagi beliau kebebasan kewangan lebih penting dari mencapai taraf jutawan. Beliau lebih seronok duduk relax tapi duit sentiasa masuk. Beliau ada menyatakan pada saya yang beliau ini suka berbelanja mengikut keperluan dan bukan kehendak. Tidak seperti kawan saya yang jutawan tersebut beliau hanya mempunyai kereta Honda city saja.

So sekarang saya masih lagi dalam dilema samada untuk hidup mewah dan enjoy seperti kawan saya yang jutawan tersebut ataupun hidup sederhana dengan mencapai kebebasan kewangan pada usia yang muda.

297netzru.gif

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

5 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. hehehe..dilema jugak ke? ada wang pun susah takde wang lagi susah..pada pendapat saya tak kiralah kita ni jutawan ataupun dah capai thp kebebsan kewangan yang penting kita guna duit tu ke arah kebaikan untuk kita dan masyarakat sekeliling. Cita2 saya dari dulu lagi ialah ingin membantu rakan2 & masyarakat jika saya mampu mencapai tahap kebebasan kewangan.
    itu je lah..tq

    Comment by kooreen79 — February 25, 2008 #

  2. yup, btl tu kooreen79, yang penting bile kt ader duit boleh kt bantu masyarakat. kalo boleh di Malaysia ni da xda orang yg mengemis…

    Comment by beduzbiz — February 25, 2008 #

  3. jutawan memang banyak duit namun dia takkan terasa diri mereka bebas dari masalah kewangan… maka kebebasan kewangan adalah suatu yang mesti bagi semua orang… tak ada duit memang susah woooooooooooooooooooo….

    Comment by abdfatah — February 28, 2008 #

  4. btoi tu! penah sebulan berturut2 makan megi je sebab duit xda nak beli nasi berlauk ikan bilis…kenangan manis tu xkan dilupakan…

    Comment by beduzbiz — February 28, 2008 #

  5. well money is not everything and everything is not bout’ money…
    money is use to make people happy n bahagia…so which one is our priority?happy or money…hehe
    just talking nonsense here..no offense…
    duit sgt penting dlm kehidupan,so sy mau kebebasan wang dan jgak jd jutawan…akhirat kite same2 igt mengingatkn ek…

    Comment by haq — March 1, 2008 #

Leave a comment

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

 

statcounter