|
||||||||||
|
|
musuh anda!March 2, 2008 on 12:25 pm | In inflasi, kewangan |Musuh anda! Sambil duk lepak di batu feringgi datang idea nak menulis mengenai tajuk artikel kali ini. Disebabkan keindahan pantai di batu feringgi dan ditambah lagi angin yang bersepoi2 lembutnya menerjah di muka saya seketika itulah datangnya idea mencurah-curah. Dengan deruman bunyi ombak menerjah pantai serta keenakan air kelapa muda, saya terus menulis idea yang datang seumpama tsunami menerjah acheh. ( terasa cam menulis novel jiwang pun ada ) Ok baiklah saya x nak da merapu panjang2 dan jom kita ke topic utama kita.. musuh anda! Masa saya darjah satu iaitu pada tahun 1993, mama saya hanya memberikan duit belanja ke sekolah hanya 50 sen. Adik bongsu saya yang juga darjah satu pada tahun 2006, mama saya memberikan duit belanja sebanyak rm2 kepadanya. Masa saya darjah satu juga, air sirap yang di beli kat kantin hanya berharga 10sen. Sekarang sudah 50sen. Pada tahun 1996 anda hanya perlukan 70 ribu untuk membeli kereta Honda civic (bukan 2nd hand punye). Tapi sekarang anda mempunyai rm 110ribu baru anda dapat merasai Honda civic new edition. Jika pada zaman 80 an, anda mempunyai sejuta ringgit maka anda dapat membeli 2 atau 3 buah banglo di Jika pada tahun 1990 harga minyak hanyalah rm 1.03 saja tapi sekarang adalah rm 1.9 seliter. Apakah makna semua ini?? Ini adalah musuh anda iaitu INFLASI.
Pernahkah anda mendengar inflasi sifar? Iaitu kempen kesedaran supaya kadar kenaikan inflasi dapat dibendung. Secara ringkasnya, maksud inflasi ini adalah penurunan harga matawang. Kuasa matawang akan menurun dengan kenaikan inflasi. Contohnya seperti cerita yang saya tulis diatas. Kadar inflasi ini dikeluarkan oleh bank Negara pada tiap-tiap tahun. Jika ekonomi Negara berada pada tahap yang baik maka kadar inflasi akan menurun. Terdapat juga factor-faktor lain yang menyebabkan kenaikan kadar inflasi. Pada tahun 2007 kadar inflasi di Negara kita adalah lebih kurang 3.7%. maknanya jika anda mempunyai wang seringgit dan di simpan dibawah bantal pada tahun 2006 maka pada tahun 2008 harga wang seringgit anda akan berharga hanya rm0.96. So jika sebagai rakyat Disini saya ingin berkongsi tip bagaimana mengelakan dan langkah menghadapi kenaikan kadar inflasi. 1) beli barangan buatan 2) beli barangan yang hanya diperlukan saja 3) simpan wang anda ditempat yang mempunyai dividen lebih dari 4% setahun 4) Hadkan penggunaan kad kredit 5) Membeli pada masa promosi saja contohnya jualan hujung tahun atau jualan sempena hari perayaan Diharapkan info ini dapat membantu anda dalam pengurusan kewangan anda. 18 Comments »RSS feed for comments on this post. TrackBack URI Leave a comment |
statcounterLive Traffic |
![]()
Powered by WordPress. Theme designed by Lunarpages Web Hosting. |
Cubalah kita fikir2, apa sebab semua ni?
Comment by zuhairy — March 2, 2008 #
wah best giler lah lepak kat pantai. aku pun kalo free akn p lepak kat pantai kat kuantan ni. memang tenang je rasanye.. aku memang amik langkah ke-4 tu terutamnaya. time ada diskaun je cepat2 balun
Comment by ahib0205 — March 2, 2008 #
ahib,dulu stdy kat kmpp ke?
Comment by beduzbiz — March 2, 2008 #
er.. a’a mana tau nih? hehehe
Comment by ahib0205 — March 2, 2008 #
ala mestilah kenal. kan kita geng ajk surau kmpp. anta xkan da lupa ana..hehehe
Comment by beduzbiz — March 3, 2008 #
Sepatutnya melalui zaman pembuatan secara besar2an, inflasi sepatutnya semakin menurun. Peliknya penurunan harga barang hanya dalam bahagian pembuatan je, makanan still bertambah naik.
Nk kena banyakkan lagi pertanian kot. Tapi sesetangah benda yang limited mmg x leh nk watpelah. Cth macam tanah, galian yang mana makin lama makin sedikit.
Comment by Fuad — March 3, 2008 #
betul tu fuad,kebanyakan perkara yang menyebabkan kenaikan adalah berpunca dari sesuatu yang terhad. contohnya tanah dan minyak mentah. salah satu faktor lain yang menyebabkan kenaikan harga barang adalah disebabkan peningkatan taraf hidup. tapi di malaysia ni agak berbeza. maksud saya disini ialah jika taraf hidup meningkat maka kadar inflasi pun turut meningkat.
tapi di singapura dan jepun, mereka mengalami peningkatan taraf hidup yang ketara serta mereka dapat mengawal dengan baik kadar inflasinya. mereka tidak cukup tanah untuk pertanian tapi kekuatan mereka adalah pada perindustrian..
Comment by beduzbiz — March 3, 2008 #
terlalu ramai musuh. Mereka datang tanpa diundang atau dijemput. so, macam mana korang hadapinya?
Comment by titan — March 3, 2008 #
titan,untuk menghadapi musuh2 kewangan ini kt mesti mempunyai ilmu pengetahuan mengenai kewangan secukupnya. disamping itu kita mestilah dapat membezakan yang mana kehendak dan keperluan kt dalam perbelanjaan agar tidak boros..
Comment by beduzbiz — March 3, 2008 #
Betul kata Beduz tu, Titan. Tanpa ilmu kita bukanlah menjana kekayaan, tetapi hanya menempa kemiskinan pula. Yang penting, apa yang kita buat mestilah berasaskan ilmu. Klu tidak,takut tersilap langkah pula… Erm, bercakap berdasarkan pengalaman, at least kita perlu tanamkan rasa berhati2 terhadap musuh2 seperti ini dan jangan sesekali terpedaya!
Regards,
kakeru
p/s: Nasihat ikhlas dari saya: Jgn terlalu percayakan org sehingga hilang rasa waspada. Berjaga2lah sebelum terkena.
Comment by kakeru — March 4, 2008 #
kakeru, saya pernah kena ‘pow’ enset. mujur enset murah je.orang tu ckp nak pinjam enset kejap je sebab kete dia rosak pastu di bawak lari..hu3..kecewa2..terlalu percayakan orang sgt…
Comment by beduzbiz — March 4, 2008 #
A`kum wbt
Dlm kuliah radio di ikim.fm, Ust Zahazan sentuh ttg peniaga yg gelap mata apabila byk duit. Mula nak tukar kereta besar, nak poligami..nak tu nak ni..
Ini juga masalah yg melanda bukan setakat org yg buat biznes, org biasa pun sama juga.
Tak dapat nak beza antara kehendak dan keperluan
Comment by Syawal — March 4, 2008 #
Erm…awak pernah kena pow ker beduz? Hmm…samalah kita, nak marah pun tak guna dah…Cuma jadikan bekalan sbg pengajaran utk akan dtg. Insya-Allah, takkan tertipu lg.
Comment by kakeru — March 4, 2008 #
ramai jugak ye yg kena pow..hehe..xpe tu sume di jadikan kenangan pahit untuk kt.lain kali kalo ada orang tanya kt apa kenangan pahit kt, ada jugaklah point nak ceritakan..huhu
Comment by beduzbiz — March 5, 2008 #
Member aku kena paw RM 500 kat Federal Highway.PAsrah je la sebab kena ugut ngan parang
Comment by starline — March 11, 2008 #
starline, boleh bg tau kat mana tu? saya selalu gak balik kampung menggunakan federal highway..boleh sentiasa berjaga-jaga.
Comment by beduzbiz — March 11, 2008 #
Member aku datang dari Shah Alam ke KL.Dah dekat nak sampai KL dah.Dia cakap kat area PJ.Takut jugak aku.
Sori Beduzbiz,off topic sikit..Member aku lagi sorang lagi best,balik dari S.Alam hantu tumpang moto,berat gila,bila pusing jer belakang,confirm hantu.Terkencing ngan pucat sampai umah
Comment by starline — March 19, 2008 #
best jugak topik pasal nie ,apa2pun good luck
Comment by qalbu — May 17, 2008 #