Selamatkan wang anda!!

March 12, 2008 on 3:48 am | In jimat wang, kewangan |

Cara mengelakan wang anda lesap semasa membeli belah

Salam sejahtera kepada pembaca beduzbiz.com,

Sekarang pada pukul 2 pagi baru saya berkesempatan untuk menulis di beduzbiz.com. kenapa? Oh! Sebabnya saya begitu busy dengan assignment yang baru sebentar tadi siap. Di tambah lagi esok saya mempunyai kuiz bagi subjek dadah dan masyarakat yang mana baru sikit saje saya study mengenai subjek tu.

Topic yang saya kongsikan kali ni adalah mengenai cara menyelamatkan wang anda daripada lesap di shopping complex.

images.jpg

Saya selalu ke tesco dimana saya lihat ramai student USM memborong habis-habisan disitu. Bila di tanya kenapa boring sampai begitu sekali? Dengan slumbernya mereka menjawab ‘ dah tesco je yang jual murah so kami borong la’. Ye, strategi tesco memerangkap duit berjaya nampaknya. Lagi murah barang yang dijual semakin rakus para pelanggan tesco memborong. Jikalau mahal tiada yang membeli plak. Betul x?

images4.jpg

Saya bukan nak katakan tesco saje tapi dimana-mana saja tempat membeli belah yang menawarkan diskaun pasti diserbu orang ramai. Sehinggakan mereka ini berbelanja melebihi hadnya. Sedar tak sedar hampir seribu duit lesap di shopping complex saja. Yang lebih parah lagi yang membayar menggunakan kad kredit. Sampai je akhir bulan boleh tersentak nadi bahawa bil kad kredit melambung.

Emak saya selalu mengalami perkara seperti ini. Tidak sedar mana lesapnya duit apabila ke shopping complex. Normalnya, perkara ini biasanya terjadi kepada kaum wanita. Lelaki jarang lesap wangnya di shopping complex. Mungkin menjadi lumrah wanita dijadikan sifatnya begitu so tiada yang salahnya disini. Apa yang perlu kita lakukan untuk menyelamatkan wang kita time membeli belah?

images8.jpg

Banyak caranya yang boleh kita amalkan tapi disini saya hanya tunjukan sebagai panduan ringkas saja untuk jimat duit masa bershopping.

Pertama, tanya pada diri kita dahulu apa tujuan kita ke shopping complex? Kalau sekadar jalan-jalan dan usha barang2 saja, jangan bawa duit, kad kredit dan kad atm. Bawa ic saja. Tidak pun sekadar bawa wang RM10 saja untuk kes2 kecemasan.

Kalau tujuan kita untuk membeli barang, senaraikan dulu barang yang hendak dibeli beserta harga kasarnya. Kemudian bawa wang untuk keperluan barang itu saja

Kedua, semasa di shopping complex cuba elakan buang masa terlalu lama di sana. Sebabnya mengikut kajian, makin lama kita berlegar-legar di shopping complex tersebut makin meningkat nafsu kita untuk membeli yang tidak perlu.

images1.jpg

Ketiga, tiap kali kita hendak membeli barang, kita hendaklah bertanya pada diri kita adakah barang itu suatu keperluan untuk kita atau ia hanya kehendak untuk kita. Saya berikan contoh disini mengenai kehendak dan keperluan. Kehendak adalah sesuatu berdasarkan nafsu kita seperti baju. Kita baru saja beli baju tapi sekarang mahu beli lagi. Tapi kalau keperluan adalah berdasarkan perkara asas dalam hidup kita. Contohnya jika kita tidak penuhi keperluan kita, kita akan jadi tidak sempurna.

images7.jpg

Keempat, jika kita lihat sesuatu barang yang memang kita mahu memilikinya tetapi tiada dalam senarai barang hendak kita beli. Saya nasihatkan baik anda jangan terus membelinya. Sebaliknya catat harganya dan beli pada waktu yang lain. Kenapa?

Saya buat begini kerana barang itu sudah tentu tidak penting sangat untuk kita kerana jikalau penting sudah tentunya kita senaraikan terlebih dahulu. Ditambah lagi itu hanyalah kehendak emosi kita saja dan bukan menjadi keperluan untuk kita membelinya. Dan saya pasti apabila kita sampai saja dirumah kita sudah melupakan barang itu.

images5.jpg

Anda pernah tak lihat orang ketagihan dadah? Paling tidak pun orang ketagihan merokok? Disini rokok dan dadah itu adalah keperluan bagi mereka dan bukan lagi kehendak. Jadi apa yang hendak saya khabarkan berita gembira disini adalah barang-barang di shopping komplek itu bukanlah dadah dan rokok yang bolehkan anda ketagih dan memerlukannya. Maka anda tidak perlu runsing dan risau jika tidak membeli barang kesukaan anda. Anda pasti boleh melupakan barang kesukaan anda itu tanpa ada perasaan ketagihan terhadap barang tersebut. Dengan ini anda dapat menghalang wang anda daripada terus lesap di shopping komplek.

images3.jpg

Ingat! Beli yang betul2 penting saja ye.

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • del.icio.us
  • BlinkList
  • Furl
  • RawSugar
  • blinkbits
  • co.mments
  • blogmarks
  • connotea
  • De.lirio.us
  • digg
  • Reddit
  • Shadows
  • Simpy
  • Netvouz
  • scuttle
  • Smarking
  • Spurl
  • Wists
  • TailRank

11 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Jalan yang senang ialah..
    jangan berbelanja…
    Ha ha haa…
    Betul amat tips beduz..

    Comment by zool — March 12, 2008 #

  2. zool, jangan sampai x berbelanja gitu..belanja la tapi berdasarkan keperluan kita saja ye..

    Comment by beduzbiz — March 12, 2008 #

  3. Haa.. Lagi Satu Janganla Sekali² Teringin Nak Gunakan Kad KRedit Tu. Biarla Kita Susah² Bawah Cash. Kad Kredit Boleh Memusnahkan Anda Dan Keluarga Anda.. :D=

    Comment by Qaiyum — March 13, 2008 #

  4. Satu rips yang bagus.Tapi orang pompuan ni kalau dah jumpa sales tak makan pun x pe :)

    maap ye akak2,saja bagi fakta sebab dah pernah jadi

    Comment by starline — March 14, 2008 #

  5. pompuan dan shopping complex, umpama aur dengan tebing. tiada shopping complex maka tak beerti hidup pompuan itu dan jika takde pompuan maka tak ke manalah shopping complex tersebut, mrk saling melengkapi. lelaki? lelaki baju bundle pun layannn..hehehe

    Comment by kooreen79 — March 14, 2008 #

  6. Aku byk belanja kat motor aku jer…bulan ni sajer dah RM800. Huhu…hampeh tul.

    Comment by Din Beramboi — March 18, 2008 #

  7. baru arini blog ni ok. sblm ni tanpa ribut tsunami tiba2 hilang sume post. cuak gak rasa.

    Qaiyum, pakai kad debit boleh tahan lagi tuh..

    starline, akak2 kita ni bkn saje shoping tp utk alat make up memang blanja sakan..maaf ye akak2.

    kooreen79,rasa2nya shoping komplek yg berkembang pesat kerana di sokong penuh oleh kaum2 hawa..huhu

    din beramboi, moto kawe tiap2 minggu isi minyak lebih rm10. tu pun main2 dalam kampus je.

    Comment by beduzbiz — March 18, 2008 #

  8. Hoho…selamat kembali blog ini… :)
    Jimat duit bermula daripada kita kecil lagi..
    dan nescaya ia akan dilakukan pabila dah besar…

    Comment by dauz — March 18, 2008 #

  9. Kalau saya, bukan saja utuk ke pasaraya, keluar kemana-mana pun saya tak akan letak banyak duit dalam poket. sekadar RM20-30 jer..tak de la nanti belanja lebih2 lak masa keluar…

    Comment by wanwma — March 19, 2008 #

  10. kalau dah barang murah. Sambar ajela. Nak datang 2,3 kali. RUgi masa je rasanya nanti. TU pasal ramai orang borong. Beli maggi pun kat tesco..

    Comment by silentleo — March 20, 2008 #

  11. […] oleh yang demikian mari kita selamatkan duit gaji anda. selamatkan duit ebiz anda dan segalanya yang bernama duit untuk faedah masa depan kita. jangan terperangkap dengan mereka yang terhidu duit yang telah anda simpan selama bertahun-tahun itu. marilah kita selamatkan duit kita dengan penuh iltizamnya…  selamatkannya dengan segera maka selamatlah wang anda. […]

    Pingback by cara nak kaya, cara nak jimat, krisis kewangan kronik, cari duit online — March 21, 2008 #

Leave a comment

XHTML: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

 

statcounter

Live Traffic